A friend

Dia lah penyebab dunia kanak kanak aku hancur
Dia lah penyebab aku jatuh sakit
Tapi aku takpernah kisah
Keluarga dia hadir dalam dunia kosong aku
Dan mereka penuhkan dengan variasi warna
Tapi semuanya lebih kepada warna yang gelap
Salah seorang anggota keluarganya telah bunuh aku pada November 2010
Tapi aku mati berkali kali

Dia buat aku ketawa macam orang tiada hala hidup
Dia buat aku menangis dalam hujan kemudian kena langgar trak besar
Mana mana ada dia
Aku pernah serabut dan hampir kehilangannya
Dan aku takpernah sanggup untuk kehilangan itu
Lalu aku capai tangan dia sebelum dia tidak lagi wujud dalam dunia aku
Dan dia kembali ada
Berdiri dengan teguh
Sehinggalah 2011
Kami sudah renggang dan aku sama sekali tidak pernah bermaksud untuk itu
Aku rindu dia


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#