Shit Happens Life goes On

I am not mean I am brutally honest and it is not my fault yes truth hurts so here's a band aid

Gayanya berjalan lembut tapi laju
Tangan tak pernah diayun
Mukanya bersih
Bajunya putih,tiada kotoran
Dia tidak pernah menyatakan sesuatu yang memberahikan
Senyumannya manis
Kelihatan giginya yang berlapis apabila dia senyum

Biarpun semuanya aku lihat dari jauh
Aku rasa aku dah saksikan semuanya dari jarak yang sangat dekat
Terlalu dekat dengan nafasnya

Dia tak suka berjalan seiringan dengan perempuan
Dan tak pernah suka diusik dengan permainan cinta tak guna
Dia menjaga maruah
Dia sayangkan keluarga lebih daripada games
Lebih lebih lagi dota

Dia minat Maher Zain
Dan dulu pernah berpura-pura suka Justin Bieber
Dia suka lagu Stereo Hearts dan Billionaire
Tapi sekarang aku tak pasti

Dia pandai bergurau dan ambil hati aku
Dia seorang yang misteri
Dan peramah
Hatinya baik

Aku tak pernah jumpa lelaki sepertinya sepanjang aku hidup
Dan sangat menyesal kerana terjumpa satu spesis ini
Allah Maha Mengetahui

Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#