Yeahhhh ?

Assalamualaikum

Alhamdulillah
Hemm

Rambut kau tak berubah
Mungkin aku rabun sangat sampai tak nampak yang sebenar
Tapi aku masih rasa sejuk
Kau tahu kan ?
Aku memang berdebar
Berdebar lvl 900000+++

Eh kau pakai sweater yang sama
Hitam
Aku macam terus nak buka tingkap dan terjun dari bas
Kerana itulah kali pertama aku tengok kau
Macam hari itu

Macam biasa lah
Kau memang tinggi
Dari aku
Jangan risau
Tetap berjaya buat aku lari jauh jauh
Sebab kebas

Apa yang kau rasa ya ?
Tentang aku
T-Shirt besar berwarna hitam
Tudung pink yang aku dah pakai
Ketinggian aku
Rupa aku
Sikap aku
Sama macam 2010 dulu ?
Atau tak ?
Atau lebih bertambah rasa suka ?
Hemm

Maaf
Aku masih tak boleh buang perasaan ni
Ya
Perasaan yang bagi aku pelbagai rasa dan membebankan
Membebankan bila semuanya berubah
Bila kau pun berubah
Kecewanya
Seperti yang aku sudah nyatakan
Jenis kau susah ditafsir
Sebab bila dengar nama kau aku pun macam dah nak pengsan
Baru dengar nama bro

Senang sangat mungkin
Untuk tebak aku punya rasa
Hahahaha
Tak betul betul
Aku bukan macam Ashiya
Alah kau bukan main lompat tinggi pun

Sekali lagi post fasal kau
Yeah aku tak berapa selesa guna fasal
Pasal itulah bahasa pasar gua
Tapi sebab kau
Aku guna fasal
Pelik bukan ?
Aku ingat perkara remeh sebegini
Banyak lagi sebenarnya

Soalan kau
Perangai kau
Apa kau buat
Banyak bro
Terlampau banyak
Sebab aku tak delete pun perkara-perkara yang telah lama berlaku
2 tahun yang lalu


Kau pernah suruh aku lupa
Semua yang berlaku
Aku berlagak macam yeah senang je nak lupa
Macam lupakan kulit sendiri

Ya
Kau bagi aku nangis macam entahpape nangis secara automatik
Kau bagi aku senyum
Kau bagi aku marah
Kau bagi aku semua rasa yang tak pernah aku rasa
Sebelum hari itu
Sebelum aku kenal siapa yang beruniform putih
Tidak bersongkok
Duduk di bawah pokok yang rendang
Rampas port kegemaran kawan kawan aku
Dan kelihatan
Sungguh biasa
Tiada daya tarikan
Tapi aku tertarik

Kau marah aku marah betul ke?
Cakap benda yang tak masuk akal
Selalu mengarut
Bagi jawapan yang ringkas
Walhal aku tunggu dan kejang
Selalu
Pernah kau tahu ?

Bangun malam malam
Lepas kena paksa tidur
Buka laptop dan broadband balik
Semata-mata untuk maklumkan

"Saya kena tidur tadi,mak saya suruh,maaflah.."

Sebab aku risau
Kau pernah tunggu aku sampai bosan dan kau tetap tunggu
Bukan sehari
Berhari-hari
Kau selalu buat aku bangga
Padahal tiada apa untuk dibanggakan
Setakat kau sudah popular
Hahaha

Walaupun kau cuma jawab satu huruf
Sudah cukup untuk buat aku berfikir sepanjang hari
Apa maksud kau ?
Apa perasaan kau ?
Blablablabla

Kau tak kisah pun
Alah
Buat pa nak kisah ?
Bukan penting

Tapi lepas aku tahu kau kena kejar dek seekor haiwan
Aku macam

"Yeahh,I've got a news about him..."

Seronok sepanjang masa
Sampai aku terkecewa tanpa aku sedar

Biar aku suka senior aku yang macam Zain Saidin tu macam lvl 90000000+++++++
Dan aku cakap aku dah tak suka kau berulang kali
Tetap sama sebenanrnya
Malah makin parah
Sangat parah

Tak perlu sesuatu yang ironi
Sebab semuanya sudah jelas bro
Sesuatu yang ironi tentang kau adalah sia-sia
Mudah sangat untuk diteka

Aku letih
Letih sangat





Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#