Haengbokhae

Assalamualaikum

Yang belakang usah disesalkan
Kenang aku rasa boleh

Kau tak pernah kenang apa yang ada kat belakang kau ?
Aku pernah
Selalu

Kawan kawan lama aku tu kawan kawan aku
Tak akan pernah sama dengan yang lain
Maaf meh aku cili sikit
Bila dah besar
Tinggi bagai
Aku pula rasa disisihkan

Kenapa dengan aku ?
Apa salah aku ya ?
Aku pun ada hati apa
Ada hati dan boleh termakan dengan apa yang kau buat
Apa yang kau buat .

Mungkin kita dah jauh
Alah bila cuti buat lah gathering
Dulu aku suka
Sekarang berdebar
Risau
Risau kut kut kau orang tak sudi datang
Kut kut kau orang tak sudi tengok aku yang hina
Tak sudi bergaul dengan aku yang ntahpape
Aku yang hina terlajak

Manalah aku yang dulu
Yang dulu tu
Yang berkawan baik dengan kau orang
Alah yang dulu
Yang rapat dengan kau semua
Manalah ye
Kat sini ja
Sinilah
Masih sama

Siapalah aku nak bergaul dengan kau orang
Aku ni mana pandai bergaya
Mana pandai cakap hal panas lagi meletup dengan kau semua
Mana pandai cakap soal lelaki
Aku cuma pandai pakai baju seluar tudung yang biasa
Cakap soal lelaki yang aku suka dengan penuh rasa sakit
Aku ada seorang ja

Azwana
Fatin
Khairunisa
Maaf aku tak ingat birthday Fatin dan Nisa
Aku cuma ingat Azwana
Sebab dia sama bulan dengan aku wakakakakaka
Aku rindu nak jalan jalan dengan kau orang
Maaf aku ketinggalan

Cuma aku tak pernah lupa
Tak pernah lupa muka kau semua
Macam mana gaya kau
Perangai
Mungkin sudah berubah
Tapi kau tetap kau

Kadang kala aku cuba untuk masuk ke dalam hidup kau Aneeq
Tapi aku rasa aku tak sesuai
Aku tak tahu macam mana nak menyampuk dengan artis
Aku macam peminta sedekah
Minta sedekah
Minta kau jangan lupa aku

Aku ni jenis yang mudah jatuh sayang
Dan mudah letak harapan yang tinggi terhadap seseorang
Dan sangat mudah untuk kecewa
Ya
Mudah .
Mudah macam kau semua hampir lupakan aku 
A'asif Ya Sodiqies



 Eh ?





Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#