Yang Terpendam

Assalamualaikum

Mungkin kau fikir
Aku ok
Alah aku ni kan budak budak
Takhambek hati punyalah
Bukannya faham apa apa

Biarpun aku ingat
Apa yang dah buat aku terusik
Masa aku darjah 3 gitu

Aku ni jenis yang pendiam
Suka melihat gerak geri manusia
Suka menafsirkan jenis jenis manusia
Dan mudah untuk menghafal segala patah perkataan
Yang kau ungkap
Sebagai tanda penghinaan atas aku
Ya
Aku yang kau anggap biul tika itu
Biul hotak lu

Kau kutuk aku lagi
Ah maaf ya
Aku tak terkesan pun
Cuma bila semua ni
Difikirkan semula
Aku rasa
Dibuang

Ya
Aku tak pandai bergaya
Tak macam dia orang
Sorang tu anak orang kaya
Sorang tu pun tak kurang hebatnya

Ya
Aku tak sehebat mereka dalam pelajaran

Taklah secantik mereka
Aku cuma seorang yang biasa biasa
Berumur 15 tahun dan agak pendek daripada mereka
Aku tak kisah
Inilah yang terbaik
Allah tahu apa yang terbaik buat kita .

Kau tegur aku
Supaya aku tidak terasa kan ?
Takusah menipu diri

Bila dia ada
Kau layan dia macam puteri
Berbeza sekali

Ya
Aku dengan dia bagai langit dan bumi
Dia tinggi
Bergaya lagi
Ramah

Aku ?
Apa yang kau nampak pada aku ?
Kosong .
Eh .
Angkuh

Maaf
Aku bukan seorang yang angkuh lagi sombong
Cuma aku tidak boleh jadi seperti Ain
Aku tidak boleh jadi seperti Alyaa
Aku hanya Kamilia
Ya .
Pemalu dan pemalu
Aku ada masalah sikit untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih dewasa
Jangan anggap aku tidak berusaha
Aku cuba

Cuba dalam versi aku

Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#