An illusion

Assalamualaikum

Tiada bicara
Hembusan angin yang dingin menambah getaran di jiwa
Sejuk
Sekali lagi dia merasainya

Sudah lama tidak menggigil kerana orang
Sudah lama kita tidak bertemu,bukan ?

Malam itu lain
Dia rasa ditipu
Ditipu dalam kejujuran yang begitu jelas
Apa ?

Semua prasangka itu kerana pengalaman dan kisah lama
Kisah lama yang pahit dan penuh warna
Alah kenapa berbelit sangat ?
Oh maaf .

Namaku Qai .
Ilya Qaisara
Aku anak tunggal .
Ibu dan ayahku kerja apa aku tak ingat
Dalam sebulan kami hanya bertembung mata sekali sahaja
Ya sekali sahaja
Aku hitung dengan tepat

Disebabkan aku anak tunggal dan ibu bapaku sentiasa sibuk
Aku agak kesepian
Rumah agam yang besar,perabot yang mewah
Makanan barat
TV yang besar gedabak
Baju yang bergaya
Ala-ala Taylor Swift gitu .
Pendak kata,aku hidup dalam kemewahan .
Seronok,bukan ?

Sebut sahaja aku ingin apa,pasti akan dapat
Aku tiada kawan
Eh ada,namanya Huda
Huda ni sepupu aku .
Jadi Huda seorang sahaja kawan yang aku ada
Sebab ibu bapaku terlampau mementingkan darjat

Sejak aku kecil
Aku tak pernah bercakap dengan lelaki
Kecuali abi aku le
Sebab ?
Umi cakap aku kena jaga kehormatan diri
Bukan calang-calang lelaki boleh dekati aku
Hebat bukan ? Hahahaha
Jadi aku tak pernah suka mana-mana lelaki

Sampailah ..

"Saya Uwais,Uwais Al-Qarni .. "

Huda tersenyum
Aku hanya menunduk

"Well,saya Huda Shahirah dan ini kawan baik merangkap sepupu saya,Qai .."

Aku diam
Tiada respon
Tapi ekor mataku dapat menangkap renungan Uwais

Dan lelaki itulah
Lelaki pertama yang berjaya mendapat tempat dihatiku

Aku mula menyukainya sejak dia sekelas denganku
Dia seorang yang kacak
Anak orang kaya
Bijak dan peramah
Dia . Dekat dengan kesempurnaan

"Saya suka .... awak "

Aku tersentak
Dan aku percaya
Percaya kerana dia jujur
Ya
Dia jujur . Betul-betul jujur
Kami saling menyukai
Tetapi jarang bertemu di luar bilik kuliah
Dan jarang berbual
Di dalam bilik kuliah hanya dia yang senyum padaku
Aku ?
Masam memanjang
Aku malu sebenarnya

Setiap hari Huda akan kirimkan sebungkus Famous Amos : Chocolate Cookies
Hadiah daripada Uwais
Aku tidak sukakan coklat
Tapi entah mengapa aku makan pemberiannya
Mungkin aku terlampau sukakannya
Terlampau

Setiap hari setelah pulang dari kuliah
Kami akan bermesej

Hujung tahun ni,saya masuk meminang awak eh ?- Uwais
Entahlah - Qai

Aku ni
Nampak gaya macam tak sudi
Padahal dalam hati menggila

Ibu bapaku telah pun tahu mengenai hubungan kami

"Abi dan umi dah tahu tentang kamu dan Uwais .. "

Aku terdiam .
Kali pertama ibu bapaku pulang berhari raya bersamaku

"Dan,kami merestui kalian berdua .. Tapi ingat,jaga batas .. "

Hatiku melonjang riang
Tapi riak wajahku tetap kosong

"Qai,balik bilik dulu .. Syukran ya Abi wa Umi .."
"'Afwan .. "

September,November
Disember pun muncul

1/12/2010

Uwais sudah lama tidak menghubungiku
Aku juga tidak tahu mengapa
Agak resah

"Sabarlah,Uwais mungkin nak jaga batas perhubungan .. "

Aku ..
Sudah kehilangan kata dan sangkaan
Di dalam billik kuliah
Dia sering mengelak daripadaku

30/12/2010

"Huda nampak Uwais .. berjalan dengan Kak Hara .. mesra betul .."

Tangkai hatiku tersentap

"Kak Hara mana ?"
"Yang cantik tu,Saufina Hara Debson .. "

Uwais nak pinang Qai 31/12 ni .. tungga Uwais ya , jangan terima pinangan orang lain - Uwais

Hanya Ilya Qaisara di hati Uwais - Uwais

Uwais akan jaga Qai sampai bila-bila - Uwais

Yang terakhir,..

Maaf. Uwais , tak mampu terima Qai . - Uwais

Uwais dan Kak Hara mungkin akan bertunang bulan depan - Huda

Kini

31/12/2012

Setitik air mata gugur di pipinya yang kemerahan

"Qai,abi dan umi pergi dulu .. "

Dia mengangguk
Tidak mampu bersuara

Assalamualaikum,ini Qai ke ? Ni Uwais,Uwais Al-Qarni.Qai apa khabar ? Uwais nak masuk meminang Qai Sabtu ni,tungga Uwais ya ? Uwais dengar,Akhi Umaer dah masuk meminang Qai,tapi Qai belum ada jawapan lagi.Qai tungga Uwais eh ? Baiklah,Sabtu ni Qai terus terima Uwais ya ? - Uwais

"Abi,Umi .. Qai terima pinangan Akhi Umaer Abdul Aziz ... "
"Dah solat istikharah ya Qaisara ? "
"Na'am .. sudah ya Umi .. "
"Jadi ?"
"Qai rasa,Qai lebih cenderung kepada Akhi Umaer .. "

31/12/2013

Aku telah menipu diri sendiri
Aku terima Akhi Umaer kerana ego
Tetapi hati aku memang lebih cenderung kepadanya

Cintaku masih utuh buat Uwais
Tapi aku yakin
Satu hari nanti,cinta itu akan runtuh jua

"Abang akan tunggu Qai,sampai bila-bila .. "

Apa ni ?

 Uwais Al-Qarni
 Umaer Abdul Aziz
Ilya Qaisara

Boring ni 


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#