Speak Now

Assalamualaikum

Pagi yang tenang
Setenang hati dia
Ya aku pasti

Badan yang sedikit kurus
Mata yang bulat
Senyuman yang ikhlas
Kulit yang putih
Sedikit tinggi

Hati yang suci
Terikat dengan cinta yang belum pasti
Penantian yang agak mustahil
Bernafas dalam kekeliruan

Segalanya kau curahkan
Setiap sudut hidup kau aku ada
Cerita kau semua ada dalam poket hati kecil ini
Sentiasa ada
Dan inshaAllah
Akan selalu ada

Masa yang melayang turut terbangkan kau
Jauh
Ya aku dan dia agak jauh
Tangan dihulur
Kelihatan disambut
Cuma wajahnya tidak kelihatan
Apatah lagi hatinya
Aku yakin seketul daging miliknya itu luhur dan suci
Putih sekali warnanya

Seorang yang menjaga
Akalnya simpan pelbagai ilmu
Seorang yang pintar dan celik ilmu agama
Pemendam rasa

Semakin hari semakin bengkak hatinya
Ada saja perkara baru yang menyentap tangkai hatinya
Darah keluar membuak-buak
Kenapa aku tidak tahu ?

Wahai sahabat ku dunia akhirat inshaAllah
Aku patut mencintaimu seperti aku mencintai diriku sendiri
Maaf aku ucap
Andai hatimu terbuang jauh dek kesibukanku
Kaulah sahabatku yang sungguh murni
Bisa mematikan dengan kesenyapanmu
Ukiran senyuman yang begitu seumpurna telah pun terpahat dalam hati ini

Ya anti
Uhibbuki fillah
Jiddan jidda
Ibtisammu mampu melonjakkan keriangan diri kerdil lagi dho'if ini

"Ibtasama ya A'isyah"

Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#