Posts

Showing posts from October, 2013

Angkara Siapa ?

Image
Assalamualaikum

Pada petang ini
Sahaja aku terjun ke dalam hidup silam
Dicampur sedikit ilusi
Jadilah pelangi yang kurang mekar

Aku sahaja ingin mengenang kembali kisah yang tiada manfaat
Biarpun aku menafikan semuanya
Hakikat sebenar Allah tahu
Aku menunggu jasad tak kunjung tiba dalam alam maya

Aku terkeliru dengan kenyataan yang dipamerkan
Wajah yang sudah lama aku tinggalkan
Ingin sekali , sekali sahaja aku tatap
Mengapa, aku tidak tahu .
Apabila hati dicuit
Mungkin dapat jawapannya

Kadang-kala aku berfikir sendirian
Mengenang sendirian
Entah mengapa ?
Banyak lagi perkara yang berfaedah untuk aku fikirkan
Tetapi soal kami mendapat tempat
Sebagai selingan,inshaALLAH

Ini semua angkara siapa ?
Siapa ?
Angkara dia yang bersembunyi
Kali terakhir kami bersua
Mungkin setahun yang lalu ?
Kini aku mungkin sudah berubah
Dia ?
Mungkin juga .

*Senyum sinis*

Mengapa ?

-Medina Izwani


A Song

Image
Assalamualaikum

Malam itu basah dengan cahaya bulan
Penyihir mata sudah aktif bergerak
Melemahkan dia
Dia yang sedang mencari maksud sebenar si dia
Si dia yang aneh

Pernah ada rasa itu
Rasa yang tercipta bukan dicipta oleh dia
Bertandang secara tiba-tiba

Setelah penat bertarung
Peredaran darah seperti biasa
Cuma perasaan sering bercelaru

Setelah dia kembali tenang
Getaran telah hilang
Muncul bayang-bayang di hadapan mata
Menarik perhatiannya
Tetapi dia harus ingat
Pandangan harus dijaga

Setelah kerelaan yang mengarut telah datang
Si dia kembali tiba
Ingin menyambut di balai berlepas
Melemahkan segala tulang
Melemahkan rasa hati dan jiwa

Mereka berbual
Sementara malam masih panjang
Rasa pedih mula menjalar dalam hati dia
Kebenaran yang tidak diketahui apakah benar atau tidak ?
Telah meragut segala ketenangan dia

Apa yang disangka benar-benar terjadi

Sedih pun ada
Kosong pun ada

Dan si dia berlalu
Dengan satu lagu

- Bagi aku satu sebab