Angkara Siapa ?

Assalamualaikum

Pada petang ini
Sahaja aku terjun ke dalam hidup silam
Dicampur sedikit ilusi
Jadilah pelangi yang kurang mekar

Aku sahaja ingin mengenang kembali kisah yang tiada manfaat
Biarpun aku menafikan semuanya
Hakikat sebenar Allah tahu
Aku menunggu jasad tak kunjung tiba dalam alam maya

Aku terkeliru dengan kenyataan yang dipamerkan
Wajah yang sudah lama aku tinggalkan
Ingin sekali , sekali sahaja aku tatap
Mengapa, aku tidak tahu .
Apabila hati dicuit
Mungkin dapat jawapannya

Kadang-kala aku berfikir sendirian
Mengenang sendirian
Entah mengapa ?
Banyak lagi perkara yang berfaedah untuk aku fikirkan
Tetapi soal kami mendapat tempat
Sebagai selingan,inshaALLAH

Ini semua angkara siapa ?
Siapa ?
Angkara dia yang bersembunyi
Kali terakhir kami bersua
Mungkin setahun yang lalu ?
Kini aku mungkin sudah berubah
Dia ?
Mungkin juga .

*Senyum sinis*

Mengapa ?

-Medina Izwani


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#