Something III

Assalamualaikum

Kelihatan pelayan lelaki tadi sedang mendekat

"Ini air yang cik pesan tadi .. "

Dua gelas iced lemon tea diletakkan di atas meja

"Terima kasih .."

Pelayan tersebut mengangguk sambil tersenyum kemudian segera beredar

Straw dicapai dan air tersebut diminum dengan tenang
Nurin juga membuat tindakan yang sama
Setelah itu,

"Emm,Kiran .. dah kau nak hang tak dengan kami ?"

Kiran mengerutkan dahinya
Bila masa ada hang pula ni ?

"Siapa yang rancang ?"

Soalnya kehairanan
Wajah Nurin ditatap,menanti jawapan

"Aku dan Muaz,kami ingat nak pergi jalan-jalan kat Gambang,nak ajak kau sekali,nak tak?"

Jantung Kiran bergetar sedikit apabila nama Muaz disebut

Huhh
Setelah apa yang berlaku hari tu,aku rasa macam malas nak jumpa mamat tu

Kiran melepaskan keluhan berat
Wajah bosan dipamerkan

"Emm,tak kut,aku ... nak rehat je kat rumah .. "

Jelas kelihatan wajah hampa milik Nurin
Dia juga turut mengeluh perlahan

Kiran pula terus mendiamkan diri
Bukannya dia tidak perasan akan wajah hampa Nurin,tapi ..

Hmm,aku tak bolehlah Nurin
Bila aku tengok kau dan Muaz,lagi sedih hati aku ni

"Erm,kau nak makan ke?"

Soal Kiran
Tak selesa juga kalau suasana asyik senyap dan sepi memanjang

Nurin menggeleng
Lantas dia berdiri

"Jom,aku nak balik.."

Nurin segera beredar
Dia tidak lagi menunggu Kiran seperti biasa

Kiran yang agak tersentak dengan tindakan sahabatnya itu,hanya menggeleng perlahan
Tahulah dia bahawa Nurin sedang merajuk

"Ok.."

Balas Kiran,perlahan



Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#