In The Middle Of Their Love VI

Assalamualaikum

Papan tanda Giant gergasi telah pun kelihatan
Jejaka di sebelah dikerling sekilas
Hmm,dah lama tak tengok Muaz
Satu saat
Dua saat
Tiga Saat
 Tik tok tik tok

1 minit kemudian

"Hai Kiran,dari tadi aku asyik cari parking,kau boleh pula tenung muka aku.. hahaha."

Kiran terus tersentak
Jantungnya sudah berdetak laju
Aisey!Tertangkap!

Muaz tergelak kecil

"Gelabahlah tu..hahaha,"

Mukanya sudah merah padam
Kurang ajar Muaz
Dah tahu aku tengok kau diam jela

"Erm..alah aku saje je..Kan dah lama kita tak jumpa?"

Senyuman diukir untuk menutup rasa tidak keruan
Senyuman terpaksa

Muaz juga tersenyum
Satu keluhan dilepaskan

"Yelah,kita kan semakin sibuk..Susahlah sikit nak jumpa.."

Alah kau aja yang sibuk dengan Nurin,desis hati Kiran

Setelah berjaya mencari parking,enjin kereta dimatikan

Kiran segera mencapai tas tangan dan menapak keluar dari kereta
Muaz sudah menggeliat di luar

Tit-tit!

Alarm kereta ditekan

"Jom!"

Muaz segera melangkah pergi ke pintu utama Giant
Kiran hanya mengekorinya dari belakang


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#