Something II

Assalamualaikum

Kiran setia dengan senyuman .
Mendengar setiap patah perkataan yang terbit dari mulut Nurin,
adalah satu perkara yang amat menyakikatkan
Mana tidak,semuanya soal hubungan dia dengan Muaz

"Kau dengar tak ni,Kiran?"

Lengannya dipukul perlahan.

"Hah?Eh dengarlah.. hehe .. "

Kiran tersengih .
Walhal kenyataannya dia malas untuk ambil tahu soal Nurin dan Muaz .
Malas dan sakit hati .

"Jadi,hujung minggu ni,kita semua free kan ? Dr. Nazrin dah cakap kuliah kita Jumaat ni batal .. "

Mereka kemudian berhenti sebentar di sebuah restoran .
Niat ingin merehatkan badan,setelah penat mengelilingi seluruh East Coast .

Kiran kemudian menongkat dagu di atas meja makan .
Kedengaran dia mengeluh berat .

"Lah,kau ni dah kenapa Kiran ? Macam tak ada mood aje aku tengok,dari pagi tadi lagi ..."

Soal Nurin dengan bimbang .
Selalunya Kiran ni banyak celotehnya .

Kiran hanya setia dengan muka bekunya .
Lidahnya seakan berat untuk mengeluarkan bicara .
Malas menjawab soalan Nurin .

Baik aku order air,lagi bahagia,desis hatinya .

"Bang!Bang!"

Nurin tercengang .
Boleh pula Kiran ni tak jawab soalan aku ?
Siap panggil pelayan lagi .
Ini sudah lebey !

"Ye dik?Minum apa?"

Soal pelayan lelaki tersebut .

"Nak iced lemon tea satu , ya ? Nurin kau nak apa ?"
"Erm,samalah .. "

Beberapa minit kemudian

"Kiran,aku ada buat salah ke ? Kau cakaplah .. "

Nurin sudah mula tidak keruan dengan kebisuan Kiran .

Ya,memang salah .
Salah kau Muaz tak suka aku . Huhuhuhu

"Eh,tak adalah,mana ada ! Aku cuma,penat sikit ... itu aje .. "

Bohong Kiran .

Maaflah Nurin .
Kau tak boleh tahu masalah aku yang sebenarnya .

Oh Ya Allah !
Memang bukan salah Nurin .
Aku ni yang ego tak kena tempat .

Nurin menyandar pada kerusi besi yang didudukinya .
Wajah Kiran direnungnya .

"Hmm,baiklah kalau macam tu ... Aku minta maaflah sebab ajak kau shopping .. "

Suaranya kedengaran semakin perlahan .
Kiran sudah berpaling menghadap sahabat baiknya itu .

Alahai Nurin,jangan merajuk !

"Eh,aku tak kisahlah Nurin .. bukan salah kau pun ... Semalam ada banyak kerja aku kena buat,sebab tu hari ni macam letih semacam .. "

Kiran mengukir senyum .


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#