Something IV

Assalamualaikum

Dua hari telah berlalu semenjak Nurin merajuk dengannya

Mesej tak dibalas
Bila Kiran menelefonnya,boleh pula dia mematikan panggilan sahabatnya itu
Marah sangatlah kut

"Alah,setakat tak nak hang je kut,tu pun nak makan hati.."

Bebel Kiran seorang diri.
Badan dihempaskan di atas katil

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering

"Eh,Nurin ke?"

iPhone 4 itu terus dicapai

'Muaz calling"

Matanya terbuntang luas
Muaz ?
Dia nak apa malam-malam ni?

Sekali lagi jantungnya berdegup kencang
Sudah agak lama dia terputus hubungan dengan Muaz

Jawab ke,tak ?

Punat hijau ditekan

"Assalamualaikum..."

Kedengaran suara Muaz jelas menjawab salamnya

"Waalaikumussalam,erm,Kiran maaflah mengganggu,aku nak minta tolong boleh ?"
"Boleh je kut,ape ?"

Muaz nak suruh aku buat apa ?
Kiran berfikir sejenak

"Teman aku pergi shopping esok?Aku kena beli barang rumah,umi aku suruh,aku mana pandai bab-bab kewanitaan ni,.."

Sekali lagi tangkai jantung gadis itu bagai direntap
Shopping ? Dengan Muaz?
Alahai..

"Err,kakak kau mane?"
"Alah kakak aku ada kat KL sekarang,umi aku tak berapa nak sihatlah.."

Kenapa ajak aku,bukan Nurin
Kiran bermonolog sendiri

"Nurin?"

Muaz terus terdiam

"Nurin sibuk esok,dia pun suruh aku minta tolong kau,boleh ke tak ni?"

Giliran Kiran pula terdiam
Jantungnya masih berdegup laju

Nak teman ke tak ?
Memanglah ini peluang keemasan untuk aku bersama-sama Muaz
Tapi,buat apa nak rebut kekasih orang ?
Tapi Nurin pun suruh aku
Alah dia bukan suruh aku pikat then rebut Muaz .
Haish apalah aku ni!

"Kiran?"
"Huh?Oh,boleh,boleh tak ada masalah.."

Kedengaran Muaz menarik nafas lega

"Beres!Aku jemput kau kat rumah kau esok,jam 10.00 pagi .."

Panggilan dimatikan

Kiran masih lagi terkejut dengan permintaan Muaz.

Kemudian,dia tersenyum sendiri .



Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#