Something V

Assalamualaikum

Dirinya dibelek melalui cermin
Dibelek untuk ke berapa kali

"Aku ni macam nak pergi date pun ada .."

Kata Kiran sendiri
Kemudian dia tersenyum puas
Tas dicapai lalu dia segera menapak ke luar

Kelihatan Viva hitam Muaz baru sahaja tiba di pekarangan rumahnya
Hon dibunyikan

"Kejap..!"

Laung Kiran yang sedang menyarung sneakersnya
Dia berlari anak ke arah Viva hitam tersebut

Pintu hadapan sebelah Muaz dibuka

"Aku duduk sini eh ?"

Muaz segera mengangguk

"Kalau kau duduk belakang,aku ni nampak macam driver kaulah.."

Kiran hanya tersengih

"Yelah,yelah.."

Beberapa minit kemudian,

Suasana tetap seperti tadi
Masing-masing mendiamkan diri
Tidak lagi seperti biasa
Entah kenapa,Muaz tidak tahu
Tapi Kiran punya jawapan yang tersendiri

"Hai Kiran,kenapa senyap je..biasanya kau selalu buat bising.."

Soalan Muaz mengejutkan Kiran

Senyuman nipis diukir

"Hmm..malas nak buat bising .."

Muaz tergelak kecil

"Boleh pulak malas,ya?"

Kiran hanya tersenyum

Boleh je nak malas
Apalah Muaz ni
Desis hatinya sendiri


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#