Running Away

Assalamualaikum

Ini merupakan tanda kejujuran aku
Acewah ayat memang tak bernyawa

Lihatlah dunia aku sekarang
Memang betul apa yang minda separuh waras aku cakap dahulu
Maaf . Permulaannya begini

Lelaki tinggi dan sedikit cokelat itu muncul
Dengan segunung harapan yang sama
Tetapi lama kelamaan semuanya menjadi sedikit aneh
Sehingga kami tidak lagi kenal siapa itu 'kami'

Dia seperti sedang melancarkan suatu pertandingan
Tapi bagi aku permainan
Permainan hati
Ya . Memang benar aku sudah lebam
Sangkaan yang bertubi-tubi datang membelasah aku
Berserta imaginasi dan fantasi yang selama ini jelmaan pelangi belaka
Sedih sungguh huuuu

Maaf gadis sekalian
Dia pujaan kau dan aku
Aku pernah mendapat posisi yang . Agak atas dalam hati kecilnya
Tapi kini aku cuma dapat rasakan

Dia datang dan pergi dengan mudah
Ketika aku sudah membulatkan pilihan
Untuk menyahkan segala rasa yang pernah ada
Dia seakan-akan tahu
Aku sudah mula mengalah
Dia berlagak hero dan terus memberi harapan
Harapan yang ntahpape aku pun kecewa

Ya memang benar
Dia datang dan pergi
Semuanya berulang-ulang
Maaf
Allahurabbi
Aku terlalu lemah dan senang untuk dipikat
Macam makanan memikat Jake

Aku sudah tersuka orang yang salah
Dan sekarang aku memang salah
Salah kerana masih bermain dengan bayang
Salah kerana masih mengharap
Ya
Masih mengharap

Jodoh itu milik Allah Yang Maha Mengetahui
Tapi aku masih lagi berdegil

Apakah ini ?
Haiiiiih

Astaghfirullahalazim


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#