Sebuah Hikayat #1

Assalamualaikum

Awan hitam menangis
Esakan yang kuat
Bumi sudah basah selama beberapa hari
Hujan itu rahmat Alhamdulillah

Pagi yang agak biasa
Kemudian menjadi sedikit kelam-kabut
Kelam dan kabut
Aku pun memuntahkan keluhan
Sedikit atau banyak entahlah
Aku tak pasti

Memandangkan jalan masih licin dan sandal sudah berubah warna
Aku sedikit risau
Sudah lama menantikan hari ini
Debaran dan dampaknya yang aku risaukan bakal berlaku agak hebat menghantui diri

Sampai di rumah Tengko Aisyah walaweyh
Aku rasa cem patut aplikasikan skill berenang aku
Tapi memang tak ah ken ?
Haha
Banjir sikit bang oiii

Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya
Makin lama makin ramai
Ada juga disapa rasa lama
Lama terkubur dan pernah bercambah kembali
Ah pergi terajangkan diri sendiri
Pergi lambai sekarang

Mata yang nampak normal
Tetapi penglihatan aku kabur
Maaflah Tengko Qish ini tak mampu nak kawal emosi mana
Kadang-kadang aku mudah hilang kawalan

Rasa kecewa pun turut mencuit bahu
Eh hai pekabo
Datang memang tak dijemput
Yalah siapa yang nak jemput kecewa ?
Kecewa kerana kotak fikiran mula membaling semua memori
Ah sudah aku ni suka benar flashback
Mulalah nak meroyan
Meroyan dalam cahaya

Tengko Qish ini sedar orang boleh tukar-tukar versi diri
Tapi gitulah
Siapa suruh mudah jatuh sayang tahap melampau
Wuhuuuuu kan dah kena
Biarlah kita bersangka baik dan berkasih sayang kerana Allah

Ada juga orang dari atmosfera lain
Entahlah aku tak nampak muka dia cenggana

Kali ini hikayat terbaru pelik sedikit
Perjumpaan kami Alhamdulillah baik-baik sahaja
Jasad yang selama ini entah di mana
Tetapi bayangnya tetap kemas dalam kepala
Juga menghadirkan diri
Memang tidak seperti dulu
Melampauuuu

Boleh lihat sahaja sudah cukup
Ah budak yang ada lesung pipit juga ada datang
Sudah lama tak ditangkap retina-retina aku

Hmmmm
Hikayat ini akan bersambung lagi


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#