Somebody I used to know

Assalamualaikum

Apabila aku pandang depan
Secara sengaja aku curi masa sendiri
Untuk mencari kelibat belakang kau
Belakang pun jadilah
Depan lagi menarik nafas

Heh
Entahlah
Aku tak sangka aku boleh kenal kau sejauh ini
Jauh dah ni
Sampai aku berperasaan sebegini

Kau ingat ?
Aha aku tabik kalau kau masih ingat
Apabila aku buka pintu dan semua memandang
Sebab aku sedikit lewat
Aku tergamam weh
Tergamam terkaku terkejut terblablabla
Sebab kau bakal jadi seseorang dalam hidup aku

Apabila pelayaran ahli kita semakin mendekat dengan penghujung
Semakin aku kenal kau
Dan semakin aku suka

Biarpun kau hanya jadi partner aku dalam lakonan
Itu pun dah cukup untuk aku pusing belakang
Sebab panas bila kau berlutut depan aku
Ah sudah
Hahahaha

Hari itu kau datang lagi
Setelah lama kau pergi
Maaf aku tak boleh tegur kau
Memang aku tak nak tegur pun

Entahlah
Mungkin rasa ini terwujud
Sebab rupa paras kau yang mampu membuat perempuan melopong
Kot
Atau
Entahlah .

Moga kau bahagia bang

Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#