Eid Mubarak

Assalamualaikum

Wahai
Diri kerdil ini begitu keji
Sempena hari kemenangan kita
Aku minta maaf

Wahai
Aku tak pernah ingin
Walau seketika
Memutuskan pertalian darah kita
Sempena hubungan kita
Aku minta maaf

Wahai
Ayuh menyelam ke dasar akalku
Kita akan temui heterogen tangga
Menuju perubahan yang mungkin bagi kau holistik
Tapi bagi aku
Perubahan yang besar namun tidak membawa erti holistik

Aku juga tahu cara untuk senyum
Aku juga pernah senyum ikhlas
Kau tahu
Kalau aku pamer senyum tak ikhlas
Memang jelas sangat
Sampai diri sendiri pun rasa macam nak hempuk muka sendiri
Tapi
Tak mengapalah
Semua orang bukannya tahu apa yang ada dalam hati kita
Kita juga tak boleh nak duga jiwa orang

Wahai
Aku senyum ikhlas selama ini inshaAllah

Wahai
Datanglah ke mari
Walau seruan ini agak menggetarkan jika kalian turuti
Namun

Aku pun ingin seperti dulu
Muntahkan pelbagai celoteh
Bersama kalian semua

Selamat Hari Raya wahai sayang-sayangku sekalian
Di sini aku mengingatimu


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#