Sekeliling

Assalamualaikum

Satu hidupan yang semestinya bukan homosapien
Bukanlah satu organisma
Mahupun hidupan imaginasi

Ianya realiti
Membusuk dalam diri
Membusukkan hati serta diri
Menghancur lumatkan iman
Semangat kerohanian
Serta lebih parah dan berdarah
Mematahkan perjuangan jihad
Walaupun sekecil-kecil jihad
Dan mampu menghumban diri
Ke dalam Neraka Jahannam
Naudzubillahiminzalik

Ia seharusnya diperangi
Aku pernah diajar,ia tidak boleh dimusnahkan
Mahupun dihancurkan
Akan tetapi,
Ia boleh dikawal
Dan seyogianya dikawal ketat

Tepuk dada tanya iman
Kadang ia tidak sihat
Serta terganggu gugat
Oleh sebab sekutu Syaitan tersebut
Yakni nafsu
Ya benar
Hawa nafsu

Kau tak boleh lihat benda hidup ini
Mahupun menyentuhnya
Atau lebih meroyan tahap infiniti,membelainya
Nafsu ini hidup dalam diri
Dan akan terus hidup
Sama ada secara liar
Atau pasif
Terpulang kepada diri masing-masing

Balik kepada diri aku sendiri juga
Bagaimana aku mengawalnya
Sekuat mana pertahanan aku

Namun bagi insan jelik ini,
Bukanlah melawan nafsu namanya,
Selagi kita belum perangi ia
Dalam hal ibadah
Terutamanya,solat

Semuanya dipanah untuk diri sendiri
Ya
Akulah target dominan aku

Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#