Yang Bertahan

Assalamualaikum

Dia yang bertahan
Bertahun selama bertahun lamanya
Bertahan dalam hidup yang rapuh ini
Hidup milik aku

Hujan renyai
Panas terik mentari
Membahang rasanya
Kadang aku berubah
Kadang aku statik

Kadang kau tercalar
Kadang aku tercalar
Kadang semuanya sengaja
Kadang semuanya tanpa sengaja

Hadirnya kau tidak terduga
Simbah pelbagai warna
Dalam segenap ruang hidup

Ada zamannya kita bagai isi dan kuku
Tanpa kau aku kaku
Tanpa aku kau bagai layang-layang terputus talinya

Ada zamannya kita bagai tak kenal antara satu sama lain
Sedih terasa
Namun kita semua punya urusan tersendiri

Maaf kerana aku seperti sibuk
Maaf kerana aku seperti itu

Maaf
Kerana aku biar kau bertahan sendirian

Ingin kekalkan ukhwah
Biarlah demi Allah


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#