A disappointment

Assalamualaikum

Setelah aku membaca apa itu futur
Dalam blog Inche Gabbana terchenta ewahh
Alhamdulillah

Sedikit sebanyak
Aku tersedar
Terima kasih Allah

Memang aku akui
Aku lemah
Tahap lemah yang paling lemah
Gagal untuk mengawal nafsu sendiri
Yang membuak-buak

Apatah lagi
Apabila masuk isu tentang kau
Ya
Hengkau ler

Aku perlu jadi ego seperti dulu
Perlu berlakon seperti dahulu
Untuk tidak menolak bahu kau dengan kata-kata
Mahupun patah perkataan
Tanda aku seorang sahabat prihatin

Aku perlu menolak segala godaan dan ajakan
Untuk mengisi masa kau
Meski aku tak tahu
Kau rimas atau tidak

Zeeq
Aku pernah meminta agar kau jauh dari aku
Kau sememangnya tenang
Tidak mempunyai apa-apa reaksi mungkin
Kerna aku boleh terpadam begitu sahaja
Dalam ruang hidup kau

Tapi aku lain

Aku pernah meminta agar rasa ini mampu terhapus
Seperti terhapusnya aku dalam ruang nafas kau
Begitu mudah bagi kau
Namun sukar yang amat

Bagi insan bergelar Adriana ini

Ehh ?


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#