Yang Bertahan 2#

Assalamualaikum

Dia yang bertahan
Sekali lagi aku kenangi

Aku rasa dia sudah mula lemah
Namun aku harap kisah kami tidak ditangisi
Tolong jangan jatuh lagi
Semangat serta titisan air dari kelopak mata

Lebih besar harapan aku
Tolong jangan mengalah
Ini bukan masanya
Dan selamanya bukan masa untuk kau mengalah

Aku juga sama
Aku tidak mahu mengalah
Mungkin aku kelihatan seperti sudah lama kalah
Namun kenyataannya
Aku
Tak
Akan
Pernah

Mahu untuk mengalah

Kau yang bertahan
Tolong jangan pergi
Tolong jangan buang aku

Setahun lebih tua
Kau kakak terbaik
Kau penyimpan rahsia terbaik

Namun keadaan kita lain
Terpisah dek masa
Dan tanggungjawab masing-masing

Wahai anak perempuan sulung Encik Mahadi
Maafkan aku

Balaslah semuanya
Namun jangan pernah buang aku
Kerana aku tak pernah walau sedikit pun

Ingin membuangmu



Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#