Dari Sisi

Sejak hari pertama aku kenal dia
Aku terus jatuh hati
Dan sejak hari pertama aku kenal dia
Inilah kali pertama .
Aku melihat wajahnya .
Dari sisi hadapan
Dalam jarak yang,tak adalah dekat mana

Kelu
Membisu

Orangnya tinggi lampai
Kulitnya putih melepak
Lebih putih dari telapak tangan aku
Orangnya kuat bersukan
Namun tetap putih

Kulitnya merah membakar
Apabila cahaya mentari terik menyimbah segenap ruang wajah
Yang begitu indah itu

Muhammad Daiyan Haziq

"Dhian .. "

Aku tersedar
Waduh
Lama sangat ke aku tenung dia ?
Bibir mungil digigit resah

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi ?"
"Hah ... err aku..aku .."

Dia tersenyum sinis

"Kau mestilah tak dengar kan ? Asyik sangat tenung muka aku .. heh,"

Tersentak
Aku begitu tersentak

Itulah hakikat yang pahit
Daiyan Haziq seorang yang

"Sombong tak bertempat,perasan,poyo .. "

Kali ini kami berdua tersentak
Jelas kutukan yang Fathul hamburkan

Muka Daiyan sedikit kemerahan
Menahan marah,mungkin ?

"Kau apehal Fathul?"

Dia mendekati Fathul Islam
Fathul kedengaran merengus geram
Aku hanya melihat

Berdebarlah juga
Diorang nak gaduh ke apa ?

"Memanglah,kan?Sedap mulut kau aje kutuk Dhian.."
"Eh dah memanglah !Perempuan tu memang dari tadi lagi asyik sangat tenung muka aku!Kau ingat aku tak perasan ke?"

Fathul mengetap giginya

"Eh jaga sikit mulut tu!Dia yang kau panggil perempuan tu perempuan aku,kau tahu?!"

Suara Fathul sudah meninggi seoktaf
Debaran aku makin menyesakkan dada
Apa yang Fathul merepek ni ?
Aku ?
Perempuan dia ?

Daiyan kelihatan terkejut
Dia segera menoleh ke arah aku

Alamak !

"Heh..,perempuan kau?Dhian Hamra,milik Fathul Islam ?"

Tepat matanya memanah segenap wajah aku
Lagilah kelu aku dibuatnya

Suara ingin dikeluarkan
Mahu menafikan kenyataan Fathul sekeras-kerasnya
Namun entah mengapa
Kelu kelu dan terus kelu
Waduh berat gini

"Memanglah!Dah heboh kot lepas gaji bulan ni aku akan masuk meminang Dhian!"

Fathul bertentang mata dengan Daiyan
Merah mata masing-masing
Lagilah kalut aku jadinya

"Kau yakin ke Fathul?Aku nampak Dhian macam no respond aje.."

Kata Daiyan seakan berbisik
Fathul tersenyum sinis buat kali yang ke berapa aku pun tak kira

"Heh,Dhian tu permata aku yang pemalu..memanglah dia diam aje.."

Daiyan mengundur setapak
Nafas dihela berat

"Jadi kau jangan nak perasan!Takda maknanya Dhian nak tenung kau tadi!"

Fathul seperti masih lagi tidak berpuas hati
Cuak aku jadinya

Daiyan menoleh ke arahku
Sekali lagi

"So,Dhian .. aku harap kau dengarlah arahan aku tadi ya..maaflah tuduh kau yang bukan-bukan.."

Kata Daiyan lalu berlalu pergi

Aku menapak selangkah,ingin menahannya
Namun kakiku seperti
Digam kuat
Hanya mataku mengiring langkahnya pergi

"Hmm..Dhian,"

Fathul mendekatiku

"Sorrylah ye,..aku tahu dari dulu lagi kau suka Daiyan perasan bagus tu.."

Aku menunduk

"Tapi aku pun kena ajar sikit mamat tu..dia ingat semua orang sangkutlah dengan dia?Heh.."

Aku masih lagi diam
Statik
Tidak bergerak
Menggelegak juga hati aku dengar Fathul ni bercakap
Apatah lagi dia kutuk Daiyan aku

Tapi
Memang betul pun apa yang Fathul cakap

"Dan,aku rasa kau pun perlu tahu..."

Fathul berdehem

"Aku..suka kau.."
"Dari kau darjah satu,aku darjah tiga.."
"Dari kau pendek dan lemah,hehe ..sampai belakang kau tegak macam sekarang.."
"Dari tudung kau singkat,sampai labuh macam sekarang .."
"Lebih lama dari tempoh masa kau suka Daiyan .."
"Dari kau bendul dan naif,sampai kau matang dan berwaspada macam sekarang .."

Rasa macam
Baru lepas berlari dalam acara padang
Jantung aku makin berdegup tak tentu hala

**
Setitis air mata lelakinya gugur
Kerana seorang gadis
Yang telah pun berjaya mencuri hatinya
Beberapa tahun yang lalu

"Kau tahu,Dhian?Setelah sekian lama aku hanya mampu melihat wajah kau dari sisi tepi,akhirnya tadi aku boleh melihat wajah putih suci bersih kau,dari sisi hadapan .."
"Ternyata wajah kau yang sentiasa disimbahi wudhuk mampu menenangkan aku .."
"Aku suka kau dari kau pra sekolah lagi Dhian .."
"Aku bermati-matian apply U yang sama dengan kau Dhian.."
"Aku sanggup pindah rumah,agar jarak rumah aku dengan rumah kau dekat.."
"Tak nampak kau,nampak bumbung rumah pun dah cukup bagi aku .."

Tangannya menyeluk poket kanan seluar slacknya
Kelihatan sebentuk cincin dalam genggamannya kinj

"Dan kau tahu,Dhian?Aku nak letak cincin ni dalam fail yang aku akan bagi kat kau nanti.."
"Cincin tanda,Daiyan Haziq sudah penat menunggu Dhian Hamra.."

Nafas dihela berat
Sekali lagi




Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#