Steal My Girl

Rambut ikal mayang
Kulitnya putih
Namun akibat kerjaya,matahari telah berjaya membakar sedikit wajahnya
Namun aku tak kisah

Bibir yang merah sentiasa
Bak buah delima 
Tanpa sedikit pun calitan gincu
Namun akibat penyakit asmanya
Bibirnya kadang kala kelihatan pucat
Namun aku tak kisah

Lembut suaranya
Mampu membuai aku sehingga termimpi-mimpinya
Namun akibat amarah yang tak tertahan sejak akhir-akhir ini
Suaranya kedengaran keras pada waktu yang tertentu
Namun aku tak kisah

Aku tak pernah mahu kisah

Hatinya telus
Luhur suci bersih
Tiada dendam dan tak ingin berdendam

Walau aku sering melenting dan cemburu membuta
Dia tetap berusaha untuk tenang
Dan memberi sepenuh ruang untuk aku bermuhasabah

Walau sibuk dengan kerja
Dan pernah aku memaksanya untuk berhenti
Dia tidak pernah mengabaikan aku
Dan memujuk aku dengan cara yang amat bijak

Walau baru dua bulan kenal,terus bernikah
Dia seperti telah pun mengenali aku selama bertahun-tahun

Zaujah aku yang terchenta ecewah
Aleeya Hanan

Ramai orang ingin mencurinya sebelum aku mengikatnya
Ramai orang ingin merebutnya sebelum aku berjaya memiliki hatinya
Ramai orang yang masih lagi mencuba
Walau perutnya jelas kelihatan memboyot

Aku pun tak faham kenapa
Dah dia dah kahwin dengan aku
Dah nak ada anak pun
Apehal nak cuba lagi ? Heh .

Rasa beruntung memilik Aleeya
Namun kadang aku resah tak menentu
Risau ada yang berjaya mencurinya dari aku

"Tapikan Leya,zauji awak ni kan selalu berdoa pada Allah,agar rumah tangga kita kekal selamanya.."

Aleeya tersenyum senang

"Itulah yang terbaik!Bagus zauji Leya ni!"

Hehehe .
Sayang Aleeya !

- Ahmad Luthfil Hadi 

Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#