Aiseh

Satu dalam seribu
Itu apa yang aku boleh cakap

Entahlah
Dulu kita sama-sama jahil
Maklumlah budak-budak

Sekarang
Aku nampak kau dah jauh berubah
Makin solehah
Makin matang
Cantik .

Masa aku tenggelam dalam tangisan
Dan rasa macam semua urat saraf aku lemah
Aku kerling ke sebelah
Wajah bersih kau terpampang jelas
Kau senyum
Aku balas seadanya

Kita duduk bersebelahan dalam kelas
Kau ingat ?
Masa Geografi bila aku terbabas
Kau tepuk aku
Bila nafsu tidur aku rasuk kau pula
Satu kelas dengan aku pukul belakang kau
Apatah lagi bila kau dalam sut bomba tebal dan keras tu
Hehe

Kau memang pandai berkomunikasi dalam bahasa penjajah
Aku tabik !
Masih lagi segar dalam ingatan aku
Masa Ustaz masuk kelas kita
Masa puasa,bukan ?
Bukan main petah kau berceloteh dalam Bahasa Inggeris
Terjerit lidah aku

Kau memang partner aku
Macam kembar siam pulak dah
Ke mana-mana aku,kau
Cikgu semua dah tahu dan cam sangat

2014
Tahun ni
Bangun tiga tingkat menyaksikan perpisahan dua jasad dan roh
Aku dan kau
Kau atas sekali
Aku tingkat satu

Sakit
Bila tengok sebelah
Bukan muka kau lagi yang aku lihat

Perit
Bila bangun pagi-pagi
Bukan gerakan kau yang mengejutkan aku

Hambar
Bila dalam kelas tiada suara kau

Kelabu
Bila dalam dorm
Tiada gelakkan kau yang menggelikan hati

Kau memang dah banyak berubah
Baguslah
Kau boleh kamceng dengan pelajar lain yang lebih bergaya
Kau boleh bertahan
Sehingga ukhwah dan kasih tumbuh mekar antara kau orang

Maaflah
Kalau kau rasa aku campak kau jauh-jauh
Yang sebenarnya
Aku rasa kau dah buang aku

Semua ini cuma salah faham,bukan ?
Aku sayang kau demi Allah
InshaAllah


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#