All You Had To Do

Assalamualaikum

Based on Taylor Swift- All You Had To Do Was Stay

Langkah makin laju diatur
Darah dipam pada kelajuan maksimum

"Waduh parah ni,"

Berkerut dahinya
Risau

"Yasmina !"

Argh
Rasa macam nak berlari

"Yasmina,tunggulah kejap,penat aku kejar kau ni.."

Riyad mengeluh
Letih kut kejar Yasmina ni
Ratu pecut MRSM Ulul Albab

"Kau nak apa lagi,Riyad?"

Yasmina merenung jejaka itu
Tajam
Macam nak cincang lumat aja mamat ni

Riyad Awuf
Cinta pertama
Pemusnah hati dan harapan pertama
Kurang ajar
Tampan . Eh ?

"Sorry ! Ye aku menyesal sebab lari dulu!Tolonglah!Aku nak ..."
"Berbaik semula dengan kau,Min.."

Lemah pandangan Riyad
Kendur kedengaran suaranya

Yasmina menjeling Riyad tajam
Rasa macam nak tampar bertubi-tubi

"Woi Riyad Awuf!Kau dah malukan aku sekeluarga,sekarang kau nak aku balik?!"

Bergema suara gadis itu

Jari telunjuknya ditala ke arah Riyad
Keras sekali gayanya
Keterlukaan yang dalam
Luka kembali terbuka dan pedih

Aku harus ajar Si Riyad ni!

Tiba-tiba jejaka itu melutut
Jelas sendunya kedengaran

Yasmina mula terkedu

"Min,tolonglah!Aku merayu!Aku dah cukup merana Yasmina!"
"Memang aku salah dan bodoh dulu!Tolonglah!"
"Bukan kau sendiri kata setiap manusia lakukan kesalahan?"
"Aku pun manusia,dan tak terkecuali.."

Sedih memanglah sedih
Dan sejujurnya aku pun memang nak Riyad
Memang nak Riyad balik

"Riyad...dah lari,Min,"

Terus aku rebah 
Tak pernah sangka bakal suami aku 
Telah pun lari dari perkahwinan kami

Apa ?
Apa kurangnya aku ?
Apa sebab kukuh dia nak lari ?
Tak terfikir ke dia perasaan aku ?
Keluarga aku dan dia ?

Tangisan sehabis daya ditahan
Aku tak boleh nampak lemah di mata Riyad !

"Jujur aku cakap,kalau dulu kau datang balik dalam masa yang terdekat,luka aku tak akan jadi dalam macam ni.."
"Apa yang kau perlu buat dulu,hanya duduk berhadapan aku,dan lafazkan akad,Riyad.,"
"Takyah cari aku lagi!Aku maafkan kau !"

Terus Riyad ditinggalkan
Daripada jadi benda lain
Baik blah dulu

"Yasmina!"


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#