Chenta

Assalamualaikum

Kau tahu
Dalam sehari tu kita tak pernah terlepas dari berbuat dosa

Dosa
Dalam keadaan kita sedar atau tak
Secara sengaja atau tak

Lalu dalam sehari terlalu banyak pengharapan kita
Lalu apabila tak tercapai kecewa yang amat

Mungkin ada yang lampiaskan kekecewaan dengan tangisan
Atau dengan menghamburkan segala isi hati dengan teriakan
Atau dengan mencampak segala jenis harta di depan mata
Atau memaki hamun di bawah sedar

Lalu apabila tercapai
Senyum sampai telinga itu aku fikir pasti
Terkinja-kinja dek kegembiraan yang amat itu aku fikir jarang
Menjerit keriangan,
Orang open-minded,mungkin ?

Dalam setiap perkara yang kita alami
Pernahkah terlintas dalam kepala
Mengenai seorang Pencinta Abadi
Bernama,Tuhan ?

Apabila kita terkecewa dalam urusan
Dan harapan yang berkecai
Pernahkah terdetik dalam sanubari,
Tentang Allah ?

Ilmu aku cetek
Tak boleh berkata banyak
Tapi ini adalah apa yang ada dalam fikiran aku
Kerana aku juga pendosa
Tanpa sempadan dan noktah

Namun itulah

Bukankah Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita?
Kenapa kita asyik ikut kepala nafsu si sahabat syaitan ?

Bukankah perancangan Allah itu tersangatlah hebat dan sempurna?
Kenapa kita asyik merudum dalam keluhan dan penafian ?

Mungkin perjalanan hidup kita tidak berdasarkan apa yang kita mahukan
Namun itulah suratan Allah
Dan itulah yang terbaik

Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya
Tetapi kitalah yang telah menzalimi diri sendiri

Apa yang Allah tak beri lagi kepada kita ?
Sebenarnya
Jauh dari apa yang kita sangkakan,
Allah telah pun beri dengan penuh cinta

Rahmat dan kasih Allah itu luas

Subhanallah
MashaAllah

Astaghfirullahalazim

Ini semua kena dekat batang hidung guwe sendiri




Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#