Datang Dan Pergi

Assalamualaikum

Allahurabbi

Baru aku tersedar
Dalam hidup seorang Kamilia Qistina ini
Aku telah banyak sia-siakan
Manusia
Yang singgah sebentar dalam hidup ini
Namun tak sempat berehat
Telah aku usir pergi
Zalimnya aku Ya Allah

Salah seorangnya
Ialah kau

Masih segar dalam ingatan aku
Dan setiap kali aku ingat balik apa yang pernah aku lakukan
Terhadap kau darah daging aku
Aku rasa macam nak hempuk kepala kat sinki tandas
Tapi aku tahu perbuatan itu salah
Dan tidak mampu untuk menebus kesalahan sendiri
Dapat sakit ade ler

Kau memang petah bercakap
Memang mesra tahap gabanlah
Rasa cam nak nangis je sebab kau terlampau mesra
Kau tak pernah kekok dalam bersosial
Itu aku suka tentang kau
Kau boleh buat selamba rapat dengan orang yang kau baru kenal

Walau aku ni macam ais ketul
Dingin beku tahap melampaui batas kesabaran seorang manusia normal
Ye ke haha
Kau tetap paut erat lengan aku
Sambil ajak aku bermain
Dan berceloteh macam-macam
Kau agak lawak

Dulu masa aku dah kamceng dengan kau
Dah upgrade level adik-beradik
Semua permainan kau aku main
Dari game dalam laptop
Sampai mainan kaunter bayar dan anak patung

Dari tenis sampai badminton
Dan aku pernah tidur rumah kau
Sejuk weh ada air-cond
Kau memang kaya
Harta dan jiwa
Yelahkan harta tu parents kau punya

Dari kereta kau
Kau sanggup keluar dan masuk kereta Acik Ayu
Mesti kau tanya macam ni kan

"Kakak ada tak?"

Bila kau dapat tahu aku ada
Terus kau meluncur keluar
Dan dapatkan aku
Kau memang manis

Jujur aku akui
Aku salah
Tapi ketahuilah

Setiap senyuman aku dulu-dulu adalah ikhlas inshaAllah
Sampai sekarang pun ikhlas aku rasa
Aku sayang kau
Sayang sangat-sangat

Maaflah
Sebab aku ada jurang antara kita

Pedih
Pedih bila tengok kau dan dia kamceng tanpa aku
Bukankah kalian patut bertiga ?
Dan yang ketiga itu ialah aku
InshaAllah

Kau makin tinggi dan cantik sekarang
Dan dari dulu sampai sekarang
Kau tetap mendapat tempat dalam hati aku Alyaa


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#