Heart Breaking

Assalamualaikum

Terima kasih kepada Tuan dan Puan
Kerana telah melahirkan seorang anak yang baik
Pada 20 Disember
Mungkin dia seorang pembikin kek yang berjaya
Heh bagi aku

Setiap kali sampai di hadapan Ziq Bakery
Ingin sahaja aku ambil Core aku dan merakam papan tanda besar itu
Dan kongsikannya dengan rakan-rakanku yang lain
Yang ada mata X-Ray untuk memahami maksud yang tersirat wahaha

Selamat hidup untuk yang ke 16 tahun
Walau aku kenal kau cuma sekejap
Bolehlah nampak sisi hidup kau sedikit
Biarpun tak pernah nampak Tuan dan Puan milik kau

Maaflah bukan aku sahaja tak approve
Tapi memang aku tak mahu
Terkejut juga dapat tahu cuma ada 58 permintaan
Maknanya satu telah hilang
Dan ianya ialah kau
Kau undur diri
Atau aku yang pangkah ?
Entah

Oh Ya Allah
Khaliqku Yang Esa
Bantulah diriku untuk menahan perasaan ini

Semalam aku dah tidur
Cuma belum sepenuhnya
Bingit telinga aku dengar deringan tanda ada orang menegur
Maaflah ucapan terlalu awal



Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#