Hujan

Assalamualaikum

Ini kisah lalu
Cuma saja mahu melangkah secara undur
Sebentar .

Rasanya hari-hari itu hujan juga
Cuma apa yang aku ingat
Masa itu Ramadhan yang mulia

Sebab dalam ingatan aku
Ada aku
Cermin
Dan niat
Niat nak ucap selamat berbuka

"Fal selamat berbuka yer,"

Dan aku senyum
Dan berlari ke dapur

Lagi .

Aku sanggup menahan mata
Hanya untuk menunggu balasan daripada kau
Pernah aku pura-pura ingin tidur dan tutup semuanya
Kemudian aku bangun balik
Risau mengenangkan kau yang mungkin menunggu aku

Kau tunggu aku .

Masih aku ingat
Kau pernah bermuram durja sebab aku

Kau muram sebab aku .

"Takyah la layan dia tu,"

Terus lengan kawan aku ditarik
Ego apantah yang merasuk aku waktu tu
Maaf ya

Aku nampak kau tertunduk
Namun songkok kau teguh di atas kepala
Cantik . Heh

Pernah aku menyorok di bawah meja
Bercakap dengan kawan kau
Dan semuanya tentang kau

Pernah aku di tandas waktu kelas malam
Bersama-sama kawan aku
Dan semuanya tentang aku

Pernah aku menyorok dalam tudung
Milik kawan-kawan aku
Dan semuanya kerana satu asbab
Dan kaulah asbabnya

Pernah aku marah homosapien lain dalam alam maya
Dia eja nama kau lain dan salah yang amat
Aku marah dan pertahankan kau,tahu ?

Pernah aku lenguh belakang
Manakala dua kawan aku yang lain enak tidur
Tidak mengapa
Kerana sebelum itu aku sudah lelap
Dan waktu itu
Aku mengerling sekilas ke arah kau
Kau tidur
Dan sekali lagi aku ingin pukul orang yang cuba bergurau aneh dengan kau
Alhamdulillah mujur kawan sebelah kau ada untuk membantu
Aku rasa aku pertahankan kau dari jauh
Heh

Pernah aku terketar-ketar di dalam satu kelas
Yang isinya pelajar cemerlang
Dan kau

Apalagi ya ?

Pernah aku menapak di satu rumah besar dan mewah
Dan bertembung dengan satu orang yang memang aku cari
Dan orang itu ialah kau

Pernah aku hampir terjelopok
Di tepi dewan kuning
Dan semua itu kerana aku ternampak satu imej
Yang seperti telah banyak berubah
Dan orang itu ialah kau

Banyak sangat yang aku simpan
Ambillah sikit
Nak bakar pun tak apa
:)


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#