Selemat Maju Jaya

Assalamualaikum

Hey
Tolehlah belakang namun bukan ini kali yang terakhir
Kerana aku akan selalu berada di belakang kau
Renung sisi belakang kau
Waktu kau pergi
Atau waktu aku mengundur

Banyak perkara yang kau perlu tahu
Namun simpan yang satu ini
Aku sayang kau
Walau sampai bila-bila
Dengan izin Allah Khaliq kita

Kau kakak yang terbaik
Kau sahabat yang memahami
Kau gadis yang terpelihara
Dan moga Allah merahmatimu

Belajarlah elok-elok
Aku yakin kau boleh
Aku tahu kau bijak
Walau PMR kurang sepeti apa yang kau sangkakan
Namun lihatlah kini
Kau sudah memintas ramai orang
Aku bangga dengan kau

Di Selangor sana
Moga kau dapat banyak ilmu
Moga kau dapat ramai sahabat sejati
Moga Allah sentiasa menjadi keutamaanmu
Moga aku juga kau kenang selalu

Jangan lupa sampaikan khabar
Dan jangan lupa juga untuk bertanya khabarku
Aku menunggu inshaAllah
Aku akan menunggu


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#