Sesal

Assalamualaikum

Sekejap tangan kanannya menekup kejap bibir mungilnya
Menahan gelak secara ayu,pasti
Dia memang ayu
Dan sentiasa menarik
Eh Astaghfirullahalazim !

"Dahlah tu..macam tak mahu lepas aje mata memandang,"

Daiyan menegur

Terus aku berdehem
Konon mahu cover
Kantoi merenung anak dara orang

"Peliklah kau ni,Nakhaie.."
"Elok-elok jadi tunang dia,kau putus..lepas tu mulalah meroyan,"

Daiyan terus menembak aku tanpa henti
Hm pasrah aje lah

"Bila jadi cenggini hah,kau pula menyesal saban hari..hadoi,"

Aku hanya mampu tersenyum tawar
Tawar yang amat
Lebih tawar lagi daripada air kopi pekat tanpa gula
Tawar kuasa infiniti

"Entah Daiyan.,aku pun tak tahu kenapa aku jahil sangat dulu.,"
"Macam manalah aku boleh sia-siakan dia,putuskan pertunangan kami macam tu je,"

Daiyan menjongket kening

"Ni aku nak tanya sikit...kenapa kau nak putus dengan dia ?Aku rasa kau dulu yang kejar dia bagai nak rak.."

Bila dengar soalan Daiyan
Aku terus tertunduk
Makin berat sesalan yang aku tanggung

Beberapa tahun yang lalu
Satu kampus tahun Si Nakhaie ni pemburu utama Umairah Mansyudah
Beberapa tahun tahun tahun yang terdahulu
Satu sekolah rendah dan menengah tahu kot aku pencinta setia Si Umairah ni

"Kau pergi sanalah,Nakhaie!Rimaslah!"
"Aku benci kau!"
"Just leave me alone,Nakhaie!!"

Umairah ni memang garang
Bukan main dia jual mahal dengan aku
Beratus ribu kali aku kena reject
Tapi perasaan aku pada dia tetap teguh
Utuh .
Padu .
Seperti sekarang

Setahun yang lalu,
Aku ambil keputusan nekad
Memandangkan dah 25 tahun dan rasa cukup bersedia untuk bernikah,
Aku hantar rombongan meminang
Dan yang paling mengujakan
Umairah dan keluarganya menerima aku

Kami bertunang

"Lepas tiga bulan bertunang,entah kenapa..aku macam..takde perasaan dah kat dia.."

Aku memang betul-betul buntu
Satu pagi tu,bila aku bangun dari tidur
Entah mengapa,aku rasa
Hairan kenapa mesti Umairah yang aku pilih ?

"Tapi aku rasa,mesti sebab kehadiran satu awek ni yang memang cun habis dalam hidup aku,"

Dia anak kawan ummi aku
Durratul Hikmah namanya

Kali pertama terpandang dia
Terus aku tak lena tidur
Sejak itulah,
Aku rasa
Umairah dah tak bermakna

"Aku pun nekad nak putus dengan Umairah..dan aku putus.."

Satu keluarga aku mengamuk
Lebih-lebih lagi ummi aku
Keluarga Umairah pun memang sedih habis muka
Kecewa yang amat
Cuma
Umairah nampak tenang sahaja
Macam
Aku ni .
Tiada makna dalam hidup dia

"Lepas sebulan putus tunang,aku memang rapat dengan Durrah tu,"

Tapi memangdangkan aku ni satu course dengan Umairah
Memang kena menghadap muka dialah tetiap hari
Umairah nampak cool aje
Tapi sejak putus tunang,dia langsung tak bercakap dengan aku
Pandang muka aku pun tak nak

"Bila lama-lama,aku rasa..aku dah buat keputusan salah yang paling salah dalam hidup aku.."

Baru aku tersedar
Orang yang selama ni aku fikirkan
Bukanlah Durrah yang cun tapi biadap tu
Bukanlah Durrah yang menawan tapi tak jaga akhlak tu
Bukanlah Durrah yang bergaya tapi tak menutup aurat tu
Tapi .

Satu-satunya Umairah Mansyudah
Yang memang selamanya akan menghantui hidup aku
Bakal isteri aku
Yang telah aku siakan

"Hmm,bodoh juga kau ni Nakhaie,"

Ucap Daiyan selamba

Aku terdiam

"Memang..,memang aku jahil dalam menilai.."

Daiyan berdiri

"Takpelah,semua ni aku bayar,aku nak pergi butik kahwin dengan tunang aku ni.."

Aku tersentak
Oh yelah,Daiyan pernah cakap dia dah bertunang dan bakal bernikah

"Amboi,sakan nampak.."

Usik aku dalam rasa kecewa

Daiyan hanya tergelak kecil

"Ok,aku nak pergi dekat tunang aku dulu.."
"Weh kenalkanlah tunang kau dekat aku.."

Daiyan senyum .

Dia merenung Umairah dan seakan menggamit Umairah untuk mendekati kami
Aku mula berdebar
Ish,takkanlah ...

"Lutfir Rahman Nakhaie,let me introduce you my one and only fiancee,Umairah Mansyudah.."

Gadis itu tersenyum
Sopan

Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#