Sesuatu

Assalamualaikum

Kadang apabila aku bersendirian
Perkara lalu menerjah ingatan aku tanpa salam
Tidak mengapa,aku senang

Kemudian rindu aku bangkit secara mengejut
Lalu menangis teresak-esak
Rindu yang amat

Rindu kepada diri yang lalu
Yang masih suci daripada dosa dan noda

Tidak bersalah
Hehehehe

Masih aku ingat diri yang sudah terkubur lamanya
Diri aku yang selalu tidak mampu tidur
Tidur di satu tempat yang sama
Lalu aku merantau
Jauh dan dekat
Dari rumah dan keluarga

Aku biasa tidur di rumah Wan
Waktu langit masih gelap namun Subuh telah menjelma
Aku akan terjaga kerana Wan terjaga
Dan aku akan melihat imej Wan bergerak turun dari tilam
Dan bersiap untuk Subuh
Di masjid
Subhanallah
Cayalah Wan !

Kemudian aku biasa bersarapan dengan nasi lemak
Nasi lemak yang Wan beli
Walau tak sesedap nasi lemak pasar hari Jumaat
Namun aku senang
Kerana itu nikmat Allah bagi kami pada hari itu

Walau tiada internet atau wifi pada zaman itu di rumah Wan
Aku tetap bahagia
Entah mengapa aku seronok di rumah Wan
Kadang kalau Mak Ct atau Acu Noma ada
Aku dibawa berjalan

Aku hanya senyap
Tapi kuat mengikut
Entah mesra atau tidak
Tapi aku rasa
Aku . Mesra sikit kot hahahaha

Apabila Mak Lang ada balik
Alyaa kawan baik aku
Selalu terliur tengok anak-anak patung dia
Masih aku ingat lagi yang mana Sabariah
Masih aku ingat Danish yang masih bayi
Dan Haikal yang lawak haha

Banyaklah kenangan masa aku kecil

Kini aku sudah berubah
Sepupu-sepupu makin ramai
Aku pun makin tahun makin kelu dan beku

Maaflah semua

Aku waktu kecil :')

Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#