Style

Assalamualaikum

Aku dah buat keputusan berani maut semalam
Kau tahu tak ?
Entahlah
Macam
Tak tahu je haha

Bukannya apa
Cuma setiap imbasan imej kau
Semua cebisan memori yang masih segar berlegar
Menarik-narik cardiac muscle jantung aku
Sakit kau tahu

Dalaman aku
Kau tahu apa

Entah kau menyampah atau tak
Tapi aku memang suka menulis
Itu cara aku mencurah rasa
Lebih baik daripada meroyan dalam kotak bicara media sosial
Bukan ? Heh

Walau aku pernah buat begitu
Eh malu pun ada haha
Faham-faham ajelah kan
Panggillah aku terdesak sampai tersedak
Dah memang aku ditekan dengan tenaga halimunan yang hebat
Sebenarnya semua itu aku yakin
Dorongan nafsu belaka
Waduh

Kau mungkin fikir aku semakin matang
Namun aku masih menggila pada suatu masa tertentu
Kau mungkin fikir aku sudah berubah menjadi baik
Namun kau perlu tahu
Aku tak akan pernah selamanya baik

Iman kita naik turun bukan ?

Enak didengar Style ini
Entah sama atau tak dengan buku tulisan pengalaman aku
Nama kau ada di dalamnya,tahu ?

Fal
Sama ada kau mahu tekan tanda betul itu atau tak
Aku sudah tekan butang ikut
Selama ini aku baik sahaja
Sudah boleh terbang bebas tanpa rantai besi lagi
Namun seperti yang telah aku nyatakan tadi

Setiap imbasan imej kau mencampak aku kembali
Ke alam memori dan hidup yang lalu

Baguslah kalau kau tak faham
Memang itu yang aku mahu

- Minn Edina


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#