Tak Tertahan

Assalamualaikum

Memandangkan aku cuma satu homosapien
Yang lemah tak berdaya
Yang punya akal hati serta nafsu
Yang bernafas seperti biasa
Cuma kadang-kala trafik rongga pernafasan sesak
Terus aku tersesak
Dan terdesak

Aku juga punya had kesabaran
Kadang tak tengok had aku hamburkan semuanya
Kadang meter amarah tak capai tahap maksimum
Darah aku menggelegak bagai mahu pecah seluruh arteri dan kapilari

Masih aku cakap soal had eheh

Sabar itu indah
Namun sabar itu susah
Susah yang amat

Apabila selesai melayan nafsu amarah yang bergelojak
Mulalah tersedar dan terasa sesal
Namun terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata ?
Ah lu fikirlah sendighi

Oh Ya Allah

Kadang kita berdoa agar dilimpahkan kesabaran
Namun apabila tiba masa Allah mahu uji
Tak fikir apa dah
Tahu nak marah dan maki berjela-jela aje
Waduh
Mana roh yang sentiasa berdoa agar dilimpahkan kesabaran ?
Mana dia orang yang hendak diberi kesabaran itu ?
Ini .
Inilah .
Eh ada aje

Habis tu kalau ada ?

Dah ada baguslah
Ingat dah melayang sekali dengan percikan air liur kemarahan

Diri dan roh itu tetap ada
Masih lagi statik
Cuma mana keikhlasan tika berdoa ?
Mana dia usaha kita untuk terus bersabar ?
Mana dia alternatif atau jalan atau strategi untuk kita bertahan ?

Berdoa,berdoa juga
Cuma kalau tak usaha

Janganlah anggap Allah akan bagi senang macam tu saja

Wokeh ?

Berdoa biar seiring dengan usaha
Dan ingat,
Jangan berputus asa dari rahmat Allah

Dan kalau tak tertahan dan terhambur jua,
Ingatlah
Rahmat dan kasih Allah lebih luas daripada murkaNya

Well
True love never ends

Kau ingat tu Qistina
Tolong jangan lupa

Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#