Wahai

Assalamualaikum

Kadang aku biasa juga teringatkan kau
Gadis manis yang baik
Bijak serta peramah

Terima kasih ya sebab sudi berkawan dengan aku
Aku teringin nak hantar surat untuk kau
Hantar melalui pos
Aku fikir kau akan gembira dan seronok
Jika aku tekad berbuat begitu
Dengan izin Allah Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu
Allahuakbar

Kau juga kata yang kau suka surat-menyurat,bukan ?
Kau ni comellah

Aku nak kau simpan kenyataan ni baik-baik
Aku memang ingin berkawan dengan kau
Kalau pun aku tak bertemu dengan adik kau yang kacak tu
Kalau pun aku tak jatuh suka dengan adik kau yang baik tu
Aku rasa aku tetap akan sudi berkawan dengan kau
Sebab kau,ialah kau
Bukan sebab adik kau
Bukan sebab apapun yang logik atau tak

Moga Allah akan sentiasa ikhlaskan aku
Untuk menyambung tali persahabatan kita
KeranaNya

Bukankah jika kita lakukan sesuatu kerana Allah
Akan menjadi indah segalanya ?

Doakan aku untuk peperangan besar tahun depan
Doakan juga iman aku yang sentiasa terumbang ambing ini
Doakan juga persahabatan kita

Terima kasih sudi bermesej dengan aku sebelum ini
Terima kasih kerana pernah sudi menyatakan kau ingin aku menjadi
Sebahagian daripada keluarga kau
Terima kasih ya
Terima kasih

Moga bertemu kembali
Sofiya


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#