I Wish You Would

Ligat matanya memerhatikan kenderaan berpusu-pusu di jalan raya
Nak lintas,macam bahaya sangat aje

Tangannya diramas lembut
Dia menoleh ke kanan
Khurayra tersenyum manis

"Kan abang dah cakap,nak lintas kena pegang tangan abang,"

Dia turut tersenyum
Khurayra memang pandai mengambil hatinya

**

"Auch!"

Pekat darah yang mengalir keluar dari jari telunjuknya

Ish macam mana boleh cuai ni
Tak pasal-pasal jari terluka

"Aisha,hati-hati masa potong bawang tu,nanti pisau terkena jari..,"

Khurayra memberi pesan
Dia hanya mengangguk 

"Auch!"

Pisau jatuh terlentang di atas lantai dapur

Khurayra segera mencapai jarinya lalu menghisap darah yang mengalir keluar

"Rhumaisha!Kan abang dah pesan,hati-hati..,"

**

Bunyi petir yang kuat jelas menyapa gegendang telinganya

Terus matanya terbuka luas

"Astaghfirullahalazim,seramlah pulak malam-malam macam ni.."

Biasanya kalau dia terbangun malam-malam
Susah kalau nak tidur balik
Alamatnya,berjaga sampai pagilah

"Shh,dah-dah..petir aje tu..abang ada ni,yang paling penting,Allah ada.."

Kejap pelukan Khurayra pada dirinya
Sekejap saja lenanya kembali pulang

**

Banyak sekali benda yang mengingatkan aku pada Abu Khurayra
Memang berundur ke belakang itu menyeksakan

Rhumaisha duduk memeluk lutut

Abu Khurayra sememangnya suami yang soleh
Bertanggungjawab

**

"Bang,Aisha harap abang akan datang balik"
"Akan jaga Aisha macam dulu,"
"Akan sabar dan tabah macam dulu,"

"Abang,Aisha tak benci abang,"
"Baliklah bang,"

Kerana fitnah manusia
Semuanya berantakan

**
"Ceraikan Aisha!Ceraikan Aisha,bang!"

"Rhumaisha!Ini semua salah faham!Abang tak ada kena mengena dengan perempuan tu!"

"Abang,kalau abang sayangkan Aisha,turutkan permintaan Aisha!Sekarang!"

Allah
Terasa sesak nafas Khurayra

Namun
Kerana sayang
Diturutkan jua permintaan sang isteri
Yang tersalah faham

"Kau ingat ni Abu Khurayra,aku benci kau!Sampai bila-bila,"

Kata-kata itu akan disemat dalam hati seorang Abu Khurayra ini
Jangan risau bekas isteri
Kita sudah tiada

**

Terlalu cepat menghukum
Terlalu mudah ditipu
Terlalu naif

Lebih percayakan orang luar

Terlampau teruk

**
"Khurayra.."

Panggilnya perlahan
Tapi masih lagi boleh didengar
Oleh lelaki tampan berjanggut sejemput itu

Dia menoleh sekilas
Lalu terus melangkah pergi

Hm
Nampak gayanya
Rhumaisha hanya boleh berharap
Pada yang kini-sudah-tak-sudi

Taylor Swift-I Wish You Would




Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#