Short Story

Asalnya aku saja nak mainkan dia
Dengar cerita banyak ex perempuan ni
Asal banyak lelaki yang sangkut dengan dia eh ?
Hm oklah bolehlah cantiklah
Perangai ?
Hm oklah bolehlah not bad

Untuk pikat dia
Macam-macam cara aku guna
Ish susah juga nak pancing dia ni
Lepas berbulan-bulan aku berusaha gigih
Aku berkawan dengan semua besties dia
Jumpa mak ayah dia
Berkawan dengan abang dia
Belikan mainan untuk adik dia yang baru lahir
Belikan semua makanan favourite dia
Semua baju lawa-lawa
Shawl segala bagai
Waduh pehal untuk dia aku perlu susah?
Biarlah aku kaya pe hahahaha

Then
Aku dapat dia woo

Bila dengan dia
Lagi banyak aku belanja
Bukan dia mintak
Entah nape aku nak beli semua menda yang dia suka
Mungkin sebab this game has only begun
So I don't want this to end early so yeah
Aku ikat dia dengan janji manis
Makanan manis dan kata-kata manis tahap tak hengat
Memang dia suka dan manis gitu senyuman dia
Adalah sekali dua aku terkesima
Kejap aje hahaha

Aku tahu bila aku jadi ex dia nanti
Mesti dia tulis lagu untuk aku
Ish tashabarnye nak dengar lagu yang orang tulis khas untuk aku

Bila aku ajak dia join family aku pergi trip
Mulanya dia tak mau
Bukan main lagi tolak
Bila pujuk tahap gaban dia angguk
Alahai cecomel je

Aku pun mulakan plan aku
Aku minta putus dengan dia kat Dubai hari tu
Dubai ? Ye family aku suka gi Dubai ntah nape
Bukan main dia nangis
Selak weh aku tengok pun terkesima
Merah habis mata hidung pipi
Pokoknya dia memang terluka habis lah

Then
Aku blah cem tu aje
Rasa kesian pun ada
Rasa zalim pun ada
Tapi entahlah
Aku .
Memang dari awal nak mainkan dia

Kemudian dia balik ke Malaysia sendiri
Sendiri
Bukan aku tak ajak dia yang tak mahu
Aku cool ajelah kan dah dia ada duit lantak ko ler

Kemudian
Semuanya kembali macam biasa

Masa aku asyik keliling Parkson
Terjumpalah satu kasut ni
High heels doh cantik habis

"Maria,tengok ni you memang dah lama cari design ni kan?"

Excited habis suara aku nak kasi Maria tengok kasut tu
Tapi eh nape senyap aje ni
Maria tak bagi respond apesal ?

Aku pun tengok sebelah

Kosong

...

Eh
Maria dah takde

Aku terhenyak dek perasaan kehilangan
Sebab ni ke
Ex dia asyik nak dia balik ?

Tapi sekarang aku dengar
Dia dah masuk dalam group usrah

Baru-baru ni terserempak
Memang labuh habis tudung dia pakai
Jalan tunduk aje

Sekali lagi

Aku rasa macam dah kehilangan intan permata berlian mutiara yang asli
Bila aku tengok sebelah
Beratur ex dia menengok dia

Seorang Maria Hannah


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#