15

Assalamualaikum

Berbanding 14
15 lebih mencabar
Baru mula dah rasa macam nak pecah jasad ni
Semua orang pun asah parang peringkat tak tidur malam

Apabila semuanya berakhir
Nafas lega di serata tempat
Aku pun turut ingin menidurkan diri waktu lapang
Cuma apabila terlihat ada lagi yang sedang mengasah parang
Terbit rasa tercabar dan bersalah
Akhirnya tertidur juga kah kah

Ada yang sudah ingin menarik diri dari akademi Kebangsaan Malaysia
Ramai sangat yang menaruh harapan
Sedangkan bagi aku yang layak menghembus nafas dalam akademi itu
Cuma beberapa orang
Sudah tentu nama aku tercampak jauh dari senarai itu

Bagi aku tarikan secara rela itu terlalu awal
Terlalu awal untuk berundur sahabat
Tak aku kata aku ini hebat dan bisa bertahan dengan muka gagah
Fizik aku pun dah bunuh jiwa aku secara perlahan
Cuma
Ini semua baru permulaan

Tengok saja nanti
Nak tak nak kena usaha
Aku tahu aku harus berubah

Cuma
Ini semua terlalu awal

Terlalu awal
Dan mengejut .

Salam SPM semua


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#