Kalimantang

Assalamualaikum

Pabila semuanya malap
Dan aku sedang terlentang di atas tanah
Masih ternanti suatu bunyi
Menandakan kau masih bernafas dan membalas dari sana
Sedikit terang pada bahagian wajahku
Menyokong teknologi sambil menanggung debaran
Sedang kau hanya menjawab salam
Dan akan sentiasa begitu

Pabila semuanya kembali terang
Sedang aku tertegak di atas tanah
Putar kembali segala apa yang mampu aku panggil
Dari hari semalam waktu semuanya malap

Pabila semuanya kembali malap
Dan aku sedang berfikir sendirian
Ini tidak patut
Namun nafsu sentiasa merasuk
Aku termenung perihal semalam dan hari yang telah lepas
Allah .
Susah sekali untuk berubah 

"Blocked,"

Tapi kenapa waktu malap dan terang
Tetap gambar yang dibantu untuk bercahaya itu aku renung
Dan cari 
Sejak hari itu 

Kah kah 


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#