Secebis Cuma

Assalamualaikum

Wahai
Setiap orang ada kelebihan serta kelemahan masing-masing
Dan ketahuilah
Orang menganggap kamu baik sedikit
Kerana Allah .
Allah telah pun menutup segala keaibanmu dari pandangan manusia lain

Apa ?
Masih mahu bermegahan ?
Masih mahu fikir diri itu lebih baik dari yang lain ?

Jika Allah tidak membantumu dengan menutup aib-aibmu
Punah dan musnahlah hidup kamu
Dicemuhnya kamu tanpa belas kerana kejelikan dosa-dosamu
Dibelasahnya kamu tanpa henti dengan kata-kata kasar
Kerana kebodohan kamu dalam membuat pilihan
Kerana kamu semberono sahaja dalam membuat keputusan
Dan nafsu yang kau pilih

Jika melihat kesalahan atau keburukan orang lain
Berdoalah agar kamu tidak melakukan yang sama
Usahlah mengutuk atau mencemuh
Kelak semua itu akan berbalik semula kepada kamu
Menikam kamu tanpa henti
Dan tika itu sedarlah
Kerana mulut badan binasa

Hei
Hati-hati ya
Allah tahu apa yang kita lafazkan
Serta apa yang kita sembunyikan

Allah tidak zalim
Dan tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNya
Akan tetapi
Kita semualah yang terus menerus menzalimi diri sendiri

Allahuakbar


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#