Hey

Assalamualaikum

Wahai
Kau tak tahu yang aku pernah terkesima kerana kau
Gaya kau menarikan jejari itu pada setiap helaian rambut
Aku tak nampaknya pada mana-mana yang lain
Sungguh itu mencerminkan kau yang tulen

Wahai
Sungguh jujur aku katakan
Mungkin ini terbit kerana seorang kawanku yang lain
Tapi seperti apa yang pernah aku sebutkan
Ciri-ciri kau itu yang merentap dan menjentik tangkai hati

Hei
Tak usah risau
Soal itu Allah yang tentukan

Kau tahu
Sedang hamba-hambaNya sibuk memilih kerana rupa
Sedang cinta mereka tidak pasti berpenghujung atau tidak
Sedang yang mengharap juga tidak mempunyai kepastian tentang apa-apa
Sedang kita semua juga tidak tahu apa-apa
Dia tahu segalanya
Allah itu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

Allahuakbar
Allah Maha Besar !

Allah tidak pandang pada rupa
Namun Allah pandang pada apa yang kita selalu terlepas pandang
Atau tidak mahu memandang

Hei
Allah tidak mengira perihal apa yang kita kira sebelum ini
Selama ini

Cukuplah kita memuaskan apa yang Allah ambil kira
Kerana pandanganNya itu yang utama
Tapi aku tahu semua ini susah
Kerana untuk mencapai syurga itu bukanlah mudah

Dan kau
Usahlah merendah diri seperti itu
Sifat itu subjektif,bukan ?
Dan aku memanggil kau terkeshima
Hmm


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#