Kirigaya Kazuto

Assalamualaikum

Aku cuma panasaran gitu
Kini percaya semuanya sudah hilang
Dan fikir itu karut belaka
Tapi dada masih sakit dek debaran melampau
Apabila kau berada dalam laluan

Aku cuma terlampau
Namun adakalanya apa yang kau buat
Buat aku rasa sakit hati dan terasa tawar semuanya
Apabila kau mendekati atau didekati
Atau didekatkan
Aku rasa kacau dan haru semuanya

Ketahuilah aku sekat kau dan kemudian undur keputusan
Itu semua sebab aku celaru
Lawak bukan ?
Kau perasan
Tapi apa yang kau sangka ya ?

Apabila semua orang gelak sakan menahan geli di perut
Aku cuma tersenyum
Kadang sinis kadang ikhlas
Kadang aku rasa kosong
Walau lawak kau menjadi
Kadang tawa aku meletus juga
Kau ni mereng sikit
Hehe . Gurau

Apa makna biru pada hari Selasa dalam hidup kau ?
Itu buat aku terfikir dan tersentak
Serta terasa
Walau aku akui kau hampir lenyap
Tapi entah mengapa perihal itu masih menghantui aku lagi
Katakanlah,
Apa makna warna itu ?

Ketahuilah kadang meja kau kemas sebab aku
Kadang semuanya agak teratur hasil keprihatinan aku
Kadang bila tempat itu kosong aku turut terkosong rasanya
Kadang aku tercari-cari

Kasihan .




Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#