Sekejap

Assalamualaikum

Tercarik-carik rasanya
Sekeping hati kecil ini
Sakitnya bukan main
Apa yang sakit sangat entah haha

Usah risau
Aku baik-baik sahaja
Eh tak
Aku tak akan pergi ke kawasan kau
Dan sepahkan semua yang sudah tersusun rapi
Yang sudah dibersihkan
Tenang sahaja
Aku cuma patah balik
Sekejap sahaja .

Waktu aku berjalan dengan bandung di tangan
Di selekoh itu aku ternampak seraut wajah itu
Ah sudah
Pasti kau ada sama

Terus langkah seribu aku aturkan
Sampai rasa ingin termuntah bandung yang telah aku minum

Lawak .
Sampai muka kau aku tak boleh tengok

Kau gelak ya hari tu ?

Hahaha



Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#