Kawan

Assalamualaikum

Kitakan kawan

Tapi maaflah aku sendiri pun tak ingat
Bila kali terakhir aku jejakkan kaki ke rumah kau
Sedang waktu dulu kala,kalau boleh aku nak tinggal kat tepi rumah kau
Aku pun tak tahu bila
Kau ada rekodnya ?
Heh . Kau ingat aku lagi ?
Tentulah .

Aku tak tahu macam mana semuanya boleh,
Berubah,sebegini rupa
Entah mengapa satu masa itu
Aku jadi .
Kaku
Berhenti daripada berkunjung ke rumah kau
Kenapa, ya ?
Kau ada jawapannya ?
Heh . Aku tiada

Kau masih lagi seperti dulu
Aku juga masih sama apa

Dari dulu lagi aku tertanya-tanya
Apa yang ada dalam hati kau ya ?
Perihal aku
Kita
Dan ukhwah ini

Kau hargai aku sebagai seorang sahabat,
Atau tidak ?
Tapi aku rasa kau pasti akan
Ya kau pasti akan

Aku
Kalau boleh sekarang nak munculkan diri di hadapan kau
Namun
Mustahillah kan ?
Apa kau fikir aku ini Superman ?
Atau Powerpuff Girls ?
Atau Yaya ?
Atau siapa ?


Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#