Pekak,Bisu dan Buta

"Hayl kena ingat,cari isteri yang pekak,bisu dan buta,"

"Hah ? Kenapa,baba ?"

Baba tersenyum
Aku mula pening

"Bila Hayl besar,Hayl akan faham,"

**
Sekarang aku dah kerja
26 tahun
Setahun lewat
Kebanyakan kawan bujang aku dah tak jadi bujang
Aku aje yang tak berganjak
Asal ni weh ?

"Tapi mana ada orang nak kahwin dengan orang yang pekak,bisu dan buta,ummi,"

Aku merebahkan badan atas sofa
Sambil mata memanah wajah ummi

"Hmm entahlah Hayl,ummi pun tak faham apa maksud arwah baba,"

Aku mula resah

Pesan arwah abah sampai sekarang aku ingat
Sampai termimpi-mimpi pun ada sejak akhir ni
Mungkin ni petanda
Yang aku dah kena cari calon
Tapi aku takmau kahwin dengan,
Perempuan yang pekak
Bisu
Dan buta .
Huhuhu

Berhuhuhu lah aku sampai ke tua cenggini

**
"Baba kau pesan macam tu kat kau ?"

Aku angguk

"Wah,bagusnya baba kau,"

Aku menjongket kening

"Erm,memang aku tak nafikan arwah baba aku bagus,tapi,"
"Aku tak fahamlah!Takkan arwah baba nak menantu yang...kurang upaya ?"

Zarqa terus gelak
Kuat pula tu

"Ish kau ni Zarqa!Gelak pulak!Tolonglah aku.."

"Haha!Ok,ok,sorry!Kau nak suruh aku cari calon macam tu ke ?"

"Ish tak naklah!"

"Habis tu ?"

"Entahlah,kalau boleh aku tak nak ikut pesan arwah baba,tapi itulah,"
"Aku rasa kalau aku tak ikut,seumur hidup aku,aku akan rasa bersalah,"

Zarqa menepuk bahuku perlahan

"Oklah Hayl,kau bagi aku uruskan hal ni,aku akan cari,calon isteri yang arwah baba kau nak ni,"

Apalah Zarqa ni
Aku tak nak isteri yang macam gitu

"Dengar sini Hayl,kau biarkan aku tolong kau,,.."
"Kau cuma tak faham maksud sebenar arwah baba kau,itu je,"

**
Aku yakin
Ini adalah pilihan yang
Paling baik

Tak mengapalah bisu,pekak dan buta
Asal solehah

Aku nak arwah baba,gembira dengan pilihan aku

"Baba,hari ni anak tunggal baba nak kahwin.."
"Dengan seorang yang pekak,bisu dan buta..."
"Hayl ikut cakap baba..Hayl ikut,baba.."

Esakan sudah tidak tertahan lagi
Antara menanggung rindu terhadap baba
Atau kahwin dengan orang yang aku tak berapa nak
Bercampur-baur

Tapi aku kena ikhlas !
Ini soal kahwin,bukan mainan !

You can do this Hayl !

"Dhiyaul Hayl,anak ummi ni dah siap ke belum ?"

"Hah,ok ummi,dah siap ni.."

Terus aku lap air mata yang tumpah

**
"Dhiyaul Hayl Bin Dhiyaul Islam,aku nikahkan dikau dengan Awra Zarqa Binti Khan Nahlan dengan maskahwin blablablabla..,"

Nafas ditarik sedalam-dalamnya

Akhirnya,Alhamdulillah
Dengan satu lafaz sahaja,Awra sah menjadi isteri aku

Tapi,dia ni tak nampak macam buta pun
Elok-elok aje salam dengan ummi aku
Senyum bukan main depan kamera
Biar betul Zarqa ni dia nak kenakan aku ke?!
Dahlah calon yang dia cari ni nama Zarqa jugak

Anak beranak dia ke ape ?

Aku mula mencari sahabat aku,Zarqa

"Hayl,mari sarungkan cincin,"

Ummi memanggilku

"Hah,..ermm.okay"

Aku mendekati Awra
Berdebar habis
Maklumlah tak pernah kenal

Cantik memanglah cantik
Ala-ala Lisa Surihani gitu
Tapi ... huhu

Awra tersenyum padaku
Aih dia ni,aku tak rasa dia buta

Awuf Zarqa !!!!!

**
"Abang,"

Lagilah aku terkejut
Memang betul Awra ni sempurna pancainderanya !!
Ok aku admitlah memang aku rasa bertuah
Dapat kahwin dengan perempuan yang cantik
Nampak gaya macam solehah
Dari keluarga yang baik-baik
Tapi
Ini bukan apa yang arwah baba inginkan!

"Ni,Zarqa ada bagi surat,dia kawan baik abang eh ?"

"Eh..er..,ye dia kawan baik ab..ab..abang,.."
"Tapi,macam mana Awra kenal dia ?"

Awra tersenyum
Manis gitu

"Abang tak tahu ke,Zarqa tu abang Awra lah!"

HAHHH ?!

Terus aku buka surat yang diberi Zarqa

Assalamualaikum Bro Hayl
Selamat pengantin baru yee HAHAHAHA ! Ye sorry aku tak cakap awal-awal .
Awra Zarqa tu adik aku . Mesti kau terkejut beruk kan? Hish kau ni . Nama bapak dia
sama dengan nama bapak aku kot,takkan tak perasan ? Nama dia pun ada Zarqa,berkaitlah tu !
Okay,macam ni.
Maksud arwah baba kau...
Yang pekak,bisu dan buta tu maksudnya ...

Yang buta daripada melihat perkara yang haram
Yang pekak daripada mendengar perkara yang haram
Yang bisu daripada berbicara perkara yang haram

Tak mengumpat,mencela,mencaci,memaki
Tak dengar umpatan,perkara yang buruk
Tak melihat perkara yang haram,kotor dan buruk

Ok Dhiyaul Hayl ? Aku yakin Awra Zarqa mampu penuhi pesan arwah baba kau
Aku yakin . InshaAllah

Terus menitis air mata aku
Aduh buat malu depan isteri je !
Tapi takpelah

Baba .
Terima kasih atas pesanan baba

"Abang dah faham sekarang ?

Aku terus merenung Awra
Lalu tersenyum

"Beruntungnya Dhiyaul Hayl .."




Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#