Le Me

Assalamualaikum

Kepekatan warna hitam
Waktu malam yang di tengahnya
Tidak sepekat warna merah
Mengalir hangat keluar dari tempat luka

Hembusan bayu lembut
Menyapa diri
Biasa yang aku buat,
Bergerak dalam masa silam
Kepekatan memori
Heterogen rasa serta warna

Tidak kira siapa,
Tetap kecewa dan terkulai layu
Terlalu mengharap aku tahu,
Tiada guna
Akan tetapi bukan semua begitu
Hei,kau siapa
Mahu keinginan dunia kau dipenuhi oleh semua ?

Pengakhirannya suatu kepastian

Pada Allah hanya boleh berharap sepenuh hati
Dan pasti kau tak akan pernah kecewa

Allah kan ada
Yang kau pergi belok arah lain dah kenapa ?

Aku tahu susah

Tapi yakinlah
Yakinlah

Allah itu tempat semua harapan dicurahkan 

Comments

Popular posts from this blog

Hey

It's Okay 2#

Hey 2#