Assalamualaikum Sepanjang aku hidup Berkali-kali aku pernah hadapi kekecewaan Apabila masalah menimpa Sehingga aku berasa kusut dan seperti tiada jalan keluar Rupa-rupanya di penghujung cerita terdapat sirna yang begitu indah Dan terbit penyelesaian yang bagi aku rasa lega . Lega yang amat . Dan aku rasa masalah itu sebenarnya tak lah besar mana Khaliq kita yang Maha Merancang Dan perancanganNya tersangatlah indah tepat dan sungguh sempurna MashaAllah Subhanallah Yakinlah pada pertolonganNya Cakap memang mudah Tapi sungguh kata, Yakinlah . Apabila kita sudah mula yakin, Tiada gusar dalam hati ini Apa sahaja yang datang, Kita tahu kita ada Yang Maha Hebat di sisi, Cuma yelah, Jangan cuma yakin Untuk selesaikan sesuatu kena usaha juga Kalau kita tak usaha tak ke mana juga huhuhuhu Macam kehidupan asasi laluan pantas sepantas kilat ni Kalau kita nak jadi yang terbaik Kenalah usaha sehabis baik dulu Usaha dulu . Kemudian berdoa dan bertawakkal . Yakin A