Posts

Showing posts from October, 2016

The Way I Loved You

Image
Assalamualaikum That sweet smell of your pink shampoo, I liked it so much . And it described you well . You liked to use any product of pink Sunsilk, And even I didn't care about any of it You would never say no to me You would always try to support me, Saying yes and being optimistic about anything Sending those positive vibes But sometimes I couldn't get you It seemed like you weren't using your brain that much But when it got serious, You would talk nothing useless Making me speechless and clueless You did think about it that deep . I just Miss you So much

Sang Sahabat

Image
Assalamualaikum Duhai sang sahabat, Melihat ke belakang, Antara kita tali ikatannya tidak kukuh, Kau menghilang apa aku peduli, Aku menghilang apa kau kisah, Duhai sang sahabat, Melihat apa yang di tengah, Antara kita semakin kukuh tali ikatannya, Alhamdulillah atas semua yang berlaku, Kau tersenyum untuk aku, Aku tersenyum untuk kita, Duhai sang sahabat, Sungguh sesak aku rasa tika kau dirundung awan suram, Seakan seisi langitku turut gelap, Ingin sekali aku berbuat sesuatu, Tapi kementahan kita membatasi segalanya, Duhai sang sahabat, Aku tidak punya wang yang banyak untuk diberi, Cuma yang termampu sahaja aku kasi, Duhai sang sahabat, Aku tidak punya jalan keluar yang sirna untuk dinyata, Cuma yang terfikir sahaja aku kata Duhai sang sahabat, Aku tahu begitu mudah untuk aku ungkap motivasi Yang perit dan pahit semua kau perlu tanggung Tapi apakan daya aku - aku mungkin tak akan jadi sebahagian daripada semua itu, Kau harus pacu ke hadapan Walau lan

BBK3410 8#

Assalamualaikum Ini merupakan sebahagian maklumat mengenai perkembangan dunia kesusasteraan Melayu yang telah aku dapati. Pada tahun 1970-an, iaitu zaman yang mana telah menyaksikan berlakunya perang dunia kedua boleh dikatakan tidak menggalakkan penulisan novel. Entah mengapa, aku sendiri tidak pasti. Namun, mungkin pada masa itu sumber asas hidup pun sukar untuk didapati dan terlalu banyak kekurangan dan kerosakan yang telah berlaku menyebabkan wujudnya keadaan yang amatlah tidak sesuai untuk bidang penulisan berkembang. Kendatipun, pada tahun 1950-an sememangnya terdapat beberapa orang novelis yang telah berjaya menghasilkan karya, antaranya ialah Harun Aminurrashid (Darah Kedayan,1947), Keris Mas (Zain Zawiyah,1948), Ahmad Bakhtiar (Hancur Hati,1949) dan Wijaya Mala dengan karyanya Muda Tak Sudah. Penulisan novel mula meningkat dan bergiat aktif setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Hal ini dipercayai kerana terdapatnya pelbagai sayembara menulis n

BBK3410 7#

Image
Assalamualaikum Aku sangat rindukan Terengganu Aku rindukan suasana berada di kampungku Rindukan suasana mendengar loghat Terengganu di sekelilingku Semakin hari semakin banyak tarikan yang terdapat di negeri kelahiranku ini Semakin banyak alhamdulillah, ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan Aku sungguh gembira akan pembangunan yang semakin maju di Terengganu Dan kini,salah satu tarikan yang terbaru yang terdapat di Terengganu ialah .. Dapo Pata ! Dapo Pata itu bermaksud 'Dapur Pantai' yang disebut menggunakan loghat Terengganu Apakah itu Dapo Pata ? Ianya lebih dikenali sebagai Uptown Kontena yang terletak di Gong Badak,Terengganu Pada awal pembukaan Dapo Pata ini, tidak dinafikan bahawa kawasan ini banjir dengan manusia dari pelbagai ceruk negeri pantai timur ini ! Apa sebenarnya yang ada di Dapo Pata ? Jika dilihat dari namanya pun sudah jelas bahawa di tempat ini terdapat pelbagai jualan makanan Ianya berkonsepkan restoran kontena yang telah dihias

BBK3410 6#

Assalamualaikum Sepanjang aku hidup, tidak pernah sekali pun aku menjejakkan kaki ke KLIA atau KLIA 2. Tidak pernah aku merasa berada di tengah kepulan awan, kecuali ketika berangan. Namun semuanya berubah setelah aku melanjutkan pelajaran aku di UPM Baru beberapa minggu aku menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar UPM, Sudah banyak tempat yang aku telah terokai di sekitar Selangor bersama-sama rakanku. Dan salah satunya,KLIA . "Jom pergi KLIA ? Auni akan ke US," Jom ! Perjalanan aku,Faridah dan Maisarah untuk ke KLIA mula seawal jam 9 pagi. Sungguh kami tidak tahu bagaimana untuk ke KLIA secara keseluruhan dan jelas, kami cuma dapat pandangan secara permukaannya sahaja. Namun, inilah cabaran ! Sebelum ke KLIA, kami bercadang untuk ke The Mines terlebih dahulu. Kata beberapa orang pelajar UPM, The Mines hanya terletak berhampiran dengan stesen KTM Serdang. Setelah tiba di KTM Serdang,kami terus mencari-cari The Mines. Malangnya, kami sendiri tidak tahu

Hey 2#

Image
Assalamualaikum Your magnetic field is just so strong And I'm just a little piece of rusted iron Syaitans will poke me and say that this is what I want But if it's from them, you should never believe any of it . I'm drowning myself here Now you're back and everything is haunting me What you are doing is killing me now Part of me asks me to accept it all and live it But another part of me keeps making me realize that, This is not good . This shouldn't be happening . Do not be too open dear young lad and lass Do not be too frank about it Because at the end, What we choose is going to hit us back I need you to know this I don't want to hurt even a small piece of your cell, But being heartbroken is better than being imanbroken I cherish you You have always meant something in my life Even though I've been broken for millions of times but, This can never be good . It can never be good . Someday we would look at it back, And bein

Hey

Image
Assalamualaikum Why did you come back ? Okay I'm sorry it is my fault haha Hey Zeeq . I want you to know everything, But everything is nothing You used to fill up my feelings, And then you left me dangling I want you to know everything, But everything is useless Everyday is a bless, But I'm not at rest when you keep on pressing my head Nahh ahahaha . You don't need to know a thing Because we're not going anywhere if it's nothing "Perhubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan, hukum asalnya adalah .. " We know it . We do . I'm so sorry 

Life

Image
Assalamualaikum It has been a long time since my last English post . So hi ! I've been a lone ranger since my first day as a degree student I think both of my parents are quite sad about this fact, Yeah they are worried about me, having no close friends . Eating all alone . Walking with my dead shadow . Showing fake smiles and all . But alhamdulillah, I'm all fine . I just like the way it is Now I know how it feels like to be all alone, All by yourself . You don't have to make people wait for you You don't have to wait for other people You can go anywhere you want to No one is going to stop you . And you will never have to care, About what other people might say about you You don't have to think about others' feelings The probability for you to hurt people with your actions and words, is probably less than 10 % . Well, maybe haha . It's not wrong to be a lone ranger, But by being one doesn't mean you have to isolate yours

BBK3410 5#

Assalamualaikum Terlampau banyak perkara tentang Terengganu yang aku gemari Terutamanya, orang-orangnya . Tapi pada malam ini, jam 10.29 malam . Aku ingin berbicara secara tulisan, soal makanan di Terengganu . Apakah makanan yang biasa terlintas dalam fikiran kalian apabila nama Terengganu muncul ? Keropok Lekor ialah satu kemestian, bukan ? Nasi Dagang . Apa lagi ya ? Maaf aku agak kurang arif . Namun, apa yang aku sangat gemari dan amat sukar ditemui di mana-mana, ialah .. Cendol di Pasar Payang ! Setiap kali aku pulang ke Terengganu, Cendol itulah perkara yang sentiasa bermain-main dalam fikiran aku Boleh seksa jiwa raga aku jika tidak sempat merasa cendol Pasar Payang ! Sesetengah cendol kadang-kala terlebih air gula nisannya Kadang-kala kurang santan Kurang cendol Namun jujur aku akui cendol di Pasar Payang sangat sempurna ! Cukup rasa dan mampu menceriakan hari aku ! Secara spesifiknya, cendol Pasar Payang yang aku gemari dijual oleh seorang pak cik yan

BBK3410 4#

Image
Assalamualaikum Sepanjang aku hidup, seingat aku, Hanya sekali sahaja aku pernah melancong ke luar negara . Bukanlah melancong sangat, Aku cuma mengikuti rombongan lawatan para guru dari SMK Bukit Sawa, Sekolah di mana ibuku mengajar  Luar negara,atau lebih tepat, negara jiran  Tanjung Balai, Indonesia . Untuk ke sana kami tidak perlu merentasi langit  Kami hanya perlu merentasi lautan  Tidak silap aku, kami ke sana dengan menaiki feri .  Aku masih lagi kecil waktu itu,mungkin dalam 10 tahun  Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Indonesia,jujur aku katakan aku sungguh teruja Teruja, kerana aku berada dalam komuniti yang jelas kelihatan berbeza daripada apa yang biasa aku lihat di Malaysia . Suasananya juga berbeza, lebih ketara cuacanya . Mendung, seakan-akan tiada Matahari .  Tanjung Balai merupakan satu tempat pelancongan yang bagi aku, nyaman .  Aku tidak ingat tempat pertama yang kami kunjungi sebaik sahaja kami tiba . Tapi aku mas

BBK3410 3#

Image
Assalamualaikum Aku percaya pada hari ini, Isu viral semakin menjadi-jadi Yang paling menyedihkan hati kecil ini, Terdapat ramai juga individu yang suka menyebarkan maklumat, Tanpa ilmu dan kepastian ,sama ada maklumat itu benar atau tidak . Aku akui aku pernah lakukan perkara yang sama . Dan alhamdulillah,Allah telah membuka mataku Dan aku harap aku akan lebih berhati-hati Jika mendapat sesuatu maklumat,usahalah untuk mencari kebenaran perihal maklumat itu terlebih dahulu Jika ianya benar,maka sebarlah jika kau mahu Namun jika ianya benar namun membawa padah jika kau sebarkan, seperti memalukan sesetengah pihak dan sebagainya,maka adalah lebih baik jika maklumat itu berhenti pada diri kau sahaja . Usah sebar perkara yang mampu mengaibkan sesiapa sahaja, termasuklah diri sendiri . Jika ianya palsu, adalah lebih baik juga jika maklumat itu berhenti setakat diri kau sahaja . Usah sebar perkara yang tidak benar . Kau di sini bermaksud aku, itu yang paling utama . Sem

BBK3410 1#

Assalamualaikum Aku tidak pasti bilakah tarikhnya,namun masih lagi segar dalam ingatan aku  Waktu kali pertama aku masuk ke dalam kelas Penglahiran Bakat Kreatif, BBK3410 . Memandangkan aku tidak punya teman rapat,perjalanan aku hanya ditemani angin  Masuk ke dalam kelas,terus aku mencari tempat duduk,di bahagian atas Dewan Za'aba Kelihatan seorang pensyarah yang bagi aku begitu menarik penampilannya . Entah mengapa,aku berasa senang hati melihat beliau,Dr Kamariah Kamaruddin . Jujur aku luahkan,aku berasa sangat bertuah berada di dalam kelas beliau  Aku berasa teruja melihat Dr Kamariah begitu bersemangat ingin memupuk kecintaan terhadap Bahasa Melayu serta seni dalam diri anak-anak didik beliau . Dan yang paling seronok,aku akan dapat belajar bagaimana ingin menghasilkan karya kreatif sendiri . Aku memang suka menulis cerpen, Meluahkan rasa melalui penulisan, Namun apabila aku menulis,kelihatan jalan cerita aku agak tunggang-langgang  Jadi,me

BBK3410 2#

Image
Assalamualaikum "Mia,air sudah tiada,tahu ?," Bermulalah perjalanan aku di UPM,tanpa air Alhamdulillah,mujur di surau masih lagi ada air pada malam itu Dengan badan yang agak melekit terus aku menuju ke surau dan menikmati mandianku . Itulah,sewaktu ada air langsung aku tak terfikir nikmat mandi Hari baru membuka lembarannya Sesak nafas aku apabila mendapati surau juga telah kehabisan air Allah,ujian yang seterusnya . Alhamdulillah,mujur dalam kemamaian dan kepanikan yang sungguh bercampur dalam jasad seorang Kamilia Qistina,Allah membuka mata aku untuk melihat ramai orang menuju ke tandas dewan . Mandilah kami di tandas Dewan Putra 2 . Episod hidup tanpa air di UPM ini telah membawa aku ke satu tempat . Yang selama 18 tahun aku diizinkanNya untuk hidup,hanya sekali sahaja aku pernah sampai ke tempat itu ; Masjid Putra di Putrajaya,itu pun sewaktu aku masih kecil . Subhanallah aku katakan,masjid untuk sungguh cantik ! Binaannya kelihatan gah dan begitu mena