Hai 4#

Assalamualaikum

Ini yang terbaru buat kau .
Wahai kesayangan aku .
Wahai kesayangan semua .
Wahai hambaNya yang disayangi dan dicintai

Terima kasih kerana telah mengajar aku erti rindu
Rindu apabila ruangan yang patut kau isi kini menjadi kosong
Apabila figura yang sentiasa aku cari dan bisa ku temui kini sungguh sukar,
Walau untuk mendengar suaranya .
Rindu . yang mencengkam segenap sanubari yang aku miliki
Begitu perit,sakit sungguh menahan sedu-sedan esakan sendiri

Terima kasih kerana telah mengajar aku erti menghargai
Walau sedikit terlambat,serasa aku teramat menghargai setiap detik aku,
Bersama-sama kau sewaktu dulu .
Melewati setiap waktu kritikal,lapang,dan sederhana .
Setiap masa kita bercerita dan bersenda-gurau
Setiap tawa kau yang cukup menggembirakan aku dan semua
Setiap tangisan yang kita curahkan,yang kau aku saksikan

Terima kasih kerana telah mengajar aku erti persahabatan
Kaulah sahabat aku dunia akhirat
Sahabat yang begitu aku sayangi dan hargai . yang tiada ternilainya
Waktu sekarang menyedarkan aku betapa kau sangat aku ertikan dalam hidup
Kau sangat aku abadikan dalam hati ini
Kerana kini .
Kau berada agak jauh . Dan waktu lalu tidak mungkin dapat diputar,
Menjadi realiti pada masa kini .

Moga kau akan berjaya kecapi apa yang kau inginkan
Moga Allah akan sentiasa kita ingat dan harapkan <3




Comments

Popular posts from this blog

Daylight 2#

"Slut!"

Say Don't Go